apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.1.12

Lagi tentang SLE...

Assalamualaikum... 

Pagi tadi, alhamdulillah, ada teman yang bertanya fasal Shikin, anak aku yang mengidap SLE tu. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang mahu berkongsi rasa. Kebetulan, dalam UM, ada pula kisah LUPUS hari ini. LUPUS tu SLE laaa, k! Jom ketahui lagi perkara-perkara berkaitan SLE...

Menurut pakar penyakit reumatologi, satu kajian yang dijalankan pada tahun 1990 menunjukkan,ada 43 pesakit SLE bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia dan kini dianggarkan terdapat lebih 12,000 kes SLE di negara ini.

Pakar perubatan Dr H.Tan memberitahu, ciri-ciri wujud SLE adalah berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.
"Kira-kira 80 peratus daripada pesakit SLE mengalami sakit sendi dan otot selain ruam di kulit. Mereka juga rasa lemah-lemah serta tidak sihat. Pada kemuncaknya, pesakit SLE akan mengalami selesema dan ini mungkin diiringi demam, keletihan dan sakit otot. Bagi wanita, simptom ini mungkin lebih teruk sebelum pusingan haid dan sebab itulah simptom itu kadangkala disalah sangka sebagai tekanan stres sebelum haid," 
Lagi...
Gejala yang biasanya timbul dalam kes SLE adalah artritis (radang dan sakit sendi) di tangan, kaki dan juga lutut, keletihan dan ruam pada kulit (termasuk muka dan badan).
Menurut pakar-pakar perubatan, SLE adalah penyakit yang muncul dari sistem imum badan itu sendiri.
"Dalam SLE, sistem imum badan jadi tidak seimbang mengakibatkan badan memberi reaksi terhadap tisu yang sihat. Itulah sebabnya simptom SLE berbeza (dari satu individu dengan individu yang lain). Penyakit ini juga disebabkan jenis ubat yang diambil,"
SLE diklasifikasikan sebagai penyakit reumatik sendi dan boleh melibatkan beberapa organ dalam badan seperti buah pinggang boleh membawa maut. Diagnos awal serta pengurusan penyakit yang lebih baik telah membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal cuma ramai yang menghidapi penyakit ini terpaksa menjalani kehidupan yang mengganggu kualiti hidup.

Tahukah anda bahawa LUPUs / SLE tidak ada penawar lagi saat ini? Bererti pesakit makan ibat bertujuan untuk mengawal simptom dan penyakit ini. Terapinya bergantung pada organ yang terlibat serta tahap penyakit ini.

Kata Dr Tan, pesakit yang mempunyai simptom SLE seharusnya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
"Mereka (pesakit) perlu menerangkan keseluruhan riwayat perubatan mereka walaupun tiada gejala yang timbul ketika itu. Doktor mungkin memerlukan pesakit menjalani ujian tambahan dan merujuk pesakit kepada pakar reumatologi dan pakar dermatologi," 
Kepada semua pesakit SLE di seluruh dunia, apa yang aku boleh cakap ialah, jadilah seorang yang cekal, redha serta berfikiran positif. Percayalah... anda mampu menghadapinya...

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

7 ulasan:

  1. Aruwah adik ipar saya adalah salah seorang dari pengidap SLE.Ianya bermula dengan gusi yang selalu berdarah bila mengosok gigi pada waktu pagi dan kekadang sewaktu tidur malam, diikuti dengan demam serta ruam seperti denggi berdarah, sebelum adik ipar saya disahkan SLE, kami hanya diberitahu adik ipar saya mengalami sejenis penyakit dimana darah merahnya memusnahkan sel2 darah putih, setiap 2 bulan sekali kami kena jumpa doktor utk rawatan, selepas 4 thn baru disahkan SLE kerana ianya bukan mudah untuk dikesan pada peringkat awal. Walaupun sudah 2 thn adik ipar saya meninggal dunia kerana kegagalan organ dalaman berfungsi kerana SLE, tapi bukan niat sya nak menyinggung perasaan sesiapa atau membuat pesakit atau keluarga serta saudara pesakit SLE rasa rendah diri dan berhenti beharap apa yang saya nak sampaikan jgn jadikan penyakit kita sebagai tiket utk rasa rendah diri dan tak mahu berusaha untuk berjaya dalam hidup kita, kerana adik ipar saya tak pernah jadikan SLE sebab utk tak berjaya dalam pelajarannya, keputusan SPM dia cermelang begitu dengan Sijil dan Diploma pengaturcaraan yg dia dpt di Politeknik setiap sem dapat result Fling Colour serta Anugerah Dekan. Saya percaya sekiranya dia masih ada pasti di peringkat Ijazah juga. So jangan jadikan sakit kita sebagai tiket utk hilang nikmat hidup kerana kita tak pernah tahu bila berakhirnya hidup kita.

    BalasPadam
  2. hamidah, kak sofi selalu ingatkan pd anak kak sofi yang, mati mejenguk setiap orang. tahu nama penyakit, tahu apa yg perlu dibuat menghadapi kesakitan, satu anugerah sebenarnya. berbeza dgn kita yg kononnya sihat ini. dia faham. dan alhamdulillah, dia tak jadikan sakit sbg alasan utk jadi lemah. cuma kdg2 sbg emak, kak sofi takut menghadapi kehilangan namun selalu meminta doa agar biarlah kak sofi yang pergi lebih dulu dari dia....

    BalasPadam
  3. saya mendoakan kesembuhan kpd Shikin.

    betul tu kak, org yg sihat pun tiba2 bila Allah nak nyawanya diambil. ajal maut semuanya Allah yg tentukan.

    semoga Shikin terus tabah dan mengingati Allah sentiasa.

    BalasPadam
  4. nim,terima kasih... mmg dia jauh lebih tabah drpd emaknya

    BalasPadam
  5. salam. as a Lupus fighter, saya rasa seronok baca kisah akak. semoga anak akak sihat-sihat je. be positive!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx, semoga syahirah pun tabah dengan dugaan sle ya

      Padam
  6. saya salah seorang penghidap sle.. dari usia 10 sampai skrg dah 22 tahun... alhamdulillah... mak sy yg byk support sy.. zaman sekolah selalu ponteng sbb ta sihat.. rezeki Allah dah aturkan berjaya juga masuk u walaupun setengah jalan.. dan sekarang masih menggu peluang melanjutkan pelajaran di tempat yg dekat.. nama sy pun shikin.. :)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.