apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.1.12

Koc Pink Untuk Wanita SAHAJA!

TIDAK PEDULI...penumpang lelaki seringkali memberi alasan tidak nampak tanda koc untuk wanita.

Assalamualaikum...

Cuba tengok simbol pada pintu. 

Bukankah sepatutnya hanya wanita yang  kelihatan berdiri dalam koc itu? Tapi, kenapa ada lelaki pula? Hmm, nak kata tak reti baca, taklah, kot! Mungkin....  simbol perempuan pakai skirt yang pink itu patut dibesarkan atau catkan dinding saja dinding koc itu dengan warna pink supaya dari jauh dah namoak dan hanya orang perempuan yang boleh masuk di dalamnya. 

Masalahnya ialah bila ada lelaki yang tak tahu malu ini memasuki koc perempuan secara 'sengaja' (ada yg masuk secara tak sengaja, okey!) Maka, kita dah boleh agak tujuan dia masuk. Terutama kalau dia lelaki hidung belang. Memang tak nampak belang di hidung tu tapi kelakuannya....

Dah banyak keluhan terlontar. Harap2 mendapat perhatian KTMB dan pihak berwajib. 
"Bagi wanita, berhimpit dengan mereka ketika menggunakan komuter kadangkala merimaskan dan boleh membuat saya hilang sabar apabila ada di antara mereka yang suka melakukan perkara tidak senonoh seperti mencabul dan meraba,” 
- Pengguna, Nurul Izzah Wahidul Azam, 23

Baca keluhan wanita di harian metro

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

2 ulasan:

  1. klu tak silap saya..sekarang ni komuter masih 3 koc..hari itu, masa teman adik ke midvalley, terdgr pengumuman yg train 6 koc sdg dlm percubaan..mgkin lepas ni dah tak ada lagi sempit2x..kot..he~

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.