apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.1.12

Kerana keputusan bicara Anwar.....

Assalamualaikum... 


Kerana esok, satu keputusan besar bakal diputuskan, maka aku turut memaparkan perkara-perkara berkaitan.


1. Tempat di mana hukuman akan dijatuhkan

GARISAN POLIS... Kawasan letak kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta ditutup sebagai langkah keselamatan berikutan Kempen Bebas Anuar 901 yang akan diadakan pada Isnin. Tinjauan foto BERNAMA mendapati kedua-dua belah kiri dan kanan kawasan tempat letak kenderaan ditutup.

Dalam mstar online, aku dapat berita ini:

Beberapa Jalan Di Ibu Negara Dijangka Sesak Isnin Ini mulai pukul 7 pagi. Maklumat ini diperoleh daripada Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur. 

Jalan-jalan terlibat ialah:
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah, 
2. Jalan Kuching, 
3. Bulatan Segambut, 
4. Jalan Khidmat Usaha, 
5. Jalan Ibadah, 
6. Jalan Dutamas, 
7. Jalan Persiaran Dutamas dan 
8. Jalan Hikmat Usaha.

Jalan-jalan tu semua menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu.
"Pengguna jalan raya perlu elak daripada menggunakan jalan-jalan itu jika tiada urusan penting. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam."
Sementara itu...

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kelulusan yang diberikan polis agar perhimpunan itu diadakan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari berkenaan merupakan langkah bersifat keterbukaan. Ini kerana, semalam, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, selepas perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, 
memberi jaminan perhimpunan itu akan berjalan secara aman dan teratur.
Jadi, 
Azmin mesti mengotakan janjinya, memastikan semua peserta perhimpunan tersebut tidak mencetuskan keadaan huru-hara esok!
Aku hanya penyampai maklumat, tiada maksud dan agenda tersirat...

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

2 ulasan:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.