apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.1.12

Kerana kamu, perempuan!


Assalamualaikum... 

Kalau anda seorang perempuan, terserempak dengan suami anda sedang beraksi mesra dengan perempuan lain, adakah pada waktu itu anda boleh bersikap rasional? 

Dan, kalau anda seorang suami, mungkinkah dapat bersabar juga? 

Sukar untuk menjawab soalan ini, sebenarnya! Kisah di Johor ini patut kita jadikan teladan!

Dalam kejadian jam 9.30 malam semalam, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama seorang wanita berusia lingkungan 30-an. Wanita ni isteri orang, isteri kepada kenalan baik mangsa.  Tapi, mereka terserempak dengan suspek di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya itu. Si suami bengang melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama. Yalah, mahu tak berang ,kan? So, tak sempat nak fikir kot, suspek terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat  . Dan, kerana sakit hati sangat kot, Sarmin (mangsa) dibelasah dan ditikam oleh si suami menggunakan objek tajam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lanjut? Baca sini!

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

4 ulasan:

  1. Peerrrggghhh... kira kawan makan kawan lah ni.. sape tak berang? tp masalahnya bila tak dpt kawal emosi, itulah jadinya.. semoga kita mengambil iktibar dari kejadian tersebut..

    Soalan, tu kira bunuh tanpa niat ker?

    BalasPadam
  2. Mohammad Abu Bakar Kamal, tak.. kl x silap, tu first degree murder. hukum gantung kot! kesian, kan... dia hanya mempertahankan hak dia...

    BalasPadam
  3. memang padan muka yang kelua dgn isteri member buat apa cari pasal betul lah. aku panas pulak mcm ni. isteri tu dah boleh cerai jauh2, membe tu bia jawab kat akhirat. kalau isteri curang, kita nak wat cner. redha dan cerai je lah. pastu start hidup baru.. sedih..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.