Langkau ke kandungan utama

Kenapa suami-suami sekarang kebanyakannya...hampeh?

Assalamualaikum... 
Semua orang yang suka membaca tahu bahawa, pada hari Ahad, ada satu kolum dalam Utusan Malaysia yang dinamakan di celah-celah kehidupan. Dalam ruangan ini, anda dapat rasai pelbagai kehidupan suami isteri yang kadang2 anda tak percaya berlaku dalam masyarakat kita. 

Hari ini, satu lagi kisah menarik perhatianku. Kisah yang sama, jalan cerita yang senada... apa lagi kalau bukan rintihan seorang isteri yang punya suami dalam kategori hampeh! Suami yang tidak kenal erti tanggung jawab!
Suami buat hal ketika kami baru ada seorang anak. Dia gilakan teman pejabat yang baru masuk kerja, masih muda. Lepas rahsia terbongkar dia minta maaf, tapi buat hal lagi ketika saya melahirkan anak ketiga. Kini kami sudah berusia 40-an, ada empat anak remaja, tapi dia masih miang bercinta. Saya pernah minta cerai, dia tak mahu, dia minta maaf, insaf. Sampai bila saya mesti sabar?
Bukan orang muda yang buat hal tapi yang dah 40-an. Ini yang buat aku geleng kepala. Ramai yang tak sedar diri dan perasan dirinya yang tidaklah hensem manapun... ada yang mahu. Berpegang teguh pada pepatah yang mengatakan bahawa kaum lelaki ini bagaikan kelapa, makin tua makin pekat santannya, ya? Makin tinggi saham! Huh!

Memang menjadi realiti di zaman kini bahawa suami langsung tidak peduli tentang nafkah isteri dan anak-anak, terutama kalau si isteri itu bekerja. Baca..


Dia bukan sahaja cuai dalam memberikan nafkah anak, sebaliknya dia meletakkan semua tanggungjawab ke bahu saya. Percaya tak kalau saya katakan dia cuma bayar bil elektik dan air? Sebulan sekali dia pergi supermarket beli barang keperluan dapur, beras 10 kg, ikan sardin lima tin, seekor ayam, ikan kembung 2 kg. Kalau anak ikut dia beli roti dan aiskrim, tak lebih!
''Apa dia fikir cukup beras 10 kg sebulan? Sekali goreng ikan kembung sekilo, seekor ayam masak kurma yang dia suka, sekali makan habis. Habis tu 29 hari lagi kami nak makan apa? Bila saya tanya dia buat pekak. Itu baru bab makan. Macam mana dengan tambang bas, pakaian sekolah, buku sekolah, sewa rumah. Siapa nak siapkan kalau bukan saya?"
See... inilah hakikat yang terpaksa ditempuh oleh seorang isteri. Habis ke mana perginya duit gaji sang suami?

Hingga kini, rumah flat pun tak ada. Orang lain baru kahwin dah beli rumah. Kami yang dah dekat 20 tahun kahwin masih menyewa. Ada kereta baru dan cantik, bukan untuk kami tetapi untuk dia seorang, sebab dia suka bergaya, malu pakai kereta terpakai atau kereta kecil. Macam mana nak ushar anak gadis orang. Itu baru bab kereta belum masuk pakaian. Semua berjenama. Nak harap rupa tak lawa mana, badan tak segagah mana. Sebab itu dia melabur pada penampilan, wangian dan kereta.

Sedih bila aku baca luahan hati wanita ini. Sesekali, aku turut terfikir, untuk apa ada laki yang begini? Dia yang sepatutnya memastikan makan, pakai serba cukup! Dia yang sepatutnya membeli rumah biarpun hanya sebuah pondok buruk untuk berlindung! Dia yang sepatutnya tahu tanggungjawab tapi kita, yang perempuan ini pula terpaksa menanggung dirinya bagai menanggung biawak hidup! Haih!

Anda rujuk sini untuk baca keluhan Jamatulhasni.

Sememangnya, kadang-kadang, aku bersetuju dengan wanita bernama Jamatulhasni ini. Perempuan muda lebih berani bertindak. Mereka tidak takut berpisah kalau dapat suami yang hampeh begini. Mengapa kita yang di usia 40an ini teragak-agak, ya?



 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. sebab kite fikir kan anak2...macam mana dengan anak2 kalau berpisah??..macam kawan saya..sia mmemang tersenarai dalam golongan bdak pandai..after her parent divorce..hidop kucar kacir..dia malas nk blajar..

    BalasPadam
  2. baca kisah yg. sama hampir setiap minggu tapi isteri/wanita tidak ambil iktibar... suami adalah sebagai pelindung, tapi jika suami yg. begini patutkah dipanggil suami? anak2 pun makin boleh berfikir

    kata kawan2 lebih baik berpisah masa usia muda, ada juga org. nak, kalau dah usia emas, peratusnya makin berkurang....

    dan tidak semua anak2 dari kes penceraian tidak berjaya; dan anak2 yang dari keluarga berantakan pun ramai yang gagal, hati x tenang nak belajar

    BalasPadam
  3. Anonymous, ntah, tp yg pasti, kita boleh memilih sama ada hendak bahagia atau terus menderita

    BalasPadam
  4. kesian..
    macam dah jadi ibu tunggal sebelum waktunya
    tapi ibu tunggal banyak jugak la dapat bantuan
    kalau macam nie bukan bantuan..tapi beban...
    menyakitkan mata dan hati je..
    baik tak payah bersuami!!

    BalasPadam
  5. mim, mmg ramai wanita yg nasibnya malang cuma tidak berani mendedahkan sahaja

    BalasPadam
  6. noona, sungguh, kadang2 anak2 ni mental x kuat menghadapi dugaan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…