Langkau ke kandungan utama

Kalau anda nak anak...

Assalamualaikum... 
Masih lagi berkisar tentang hubungan suami isteri. Ni nak masuk hal anak pula. Sebuah perkahwinan, sebuah rumah tangga, tidak akan lengkap dan berseri tanpa kehadiran cahaya mata. Betul, kan? 

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan sepasang suami isteri. Anaklah anugerah terindah dalam melengkapi sebuah hubungan. Beruntunglah yang bunting pelamin, berbahagialah yang dapat anak setelah puas berbulan madu berdua tapi.... cuba baca ni...
SAYA seorang wanita yang telah berkahwin selama hampir empat tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Pada pengiraan saya, untuk sepanjang tahun 2011 ini, saya dan suami telah melakukan hubungan suami isteri sebanyak tujuh kali. Adakah ini normal?
Terpaku aku! Setahun ada 365 hari tetapi wanita ini bersama suami hanya 7 kali di sepanjang tahun 2011. Mak aii, tak pening ke? :)
Ada tak di antara anda yang seperti wanita ini, what I mean is, dah lama kahwin tapi tak dapat anak? Ada? Nak cuba dapat anak tak? Hisy, bukan aku nak ajar anda, tapi, nak bagi tips dan nasihat daripada doktor pakarlah...


Kata doktor, kejayaan untuk hamil adalah bergantung kepada:

1. Proses pengovulan (proses bertelur), 
2. Hubungan seks sewaktu subur, 
3. Bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, 
4. Tiada penyumbatan pada salur falopio dan juga 
5. Persekitaran rahim yang normal. 

Semakin kurang kerap hubungan seks dilakukan, maka keberangkalian untuk hamil adalah semakin rendah. Pasangan suami isteri dinasihati supaya menjalani hubungan seks yang lebih kerap dan sebaik-baiknya sewaktu subur. 

Mengapa waktu subur?

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, sperma suami akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat. Sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi. Biasanya, jutaan sperma akan cuba memasuki faraj tetapi beberapa ribu sahaja berjaya melalui pangkal rahim dan seterusnya menuju ke rahim atau uterus.

Waktu bilakah yang sesuai untuk melakukan hubungan seks?

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Jadi, lakukan hubungan seks sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. 

Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka amatlah penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. 

Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah bermula pada hari ke-11 hingga hari ke-16. 

Bagi anda yang mungkin sudah ada ramai anak lelaki tetapi teringin nak dapat anak perempuan pula, di sini ada ikhtiarnya...

Untuk dapat anak perempuan

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.


Maksudnya : 
“ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”
Dan bagi anda yang dah ada ramai anak perempuan tetapi teringin na ada anak lelaki pula..usahakanlah,

Untuk dapat anak lelaki

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.


Maksudnya : 

” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”
Isteri kena buat apa masa suami berdoa?

Senyum... Doalah dalam hati tu.....

Terima kasih kepada UM dan PakarHowTo. 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…