apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.1.12

Kahwini kekasih saat si dia sudah tidak bernyawa...

Assalamualaikum... 


Kepada yang sedang bercinta, jadikan kisah di bawah ini sebagai panduan dan peringatan. Bahawa sesuatu yang baik itu jangan ditangguh-tangguhkan! 

Lelaki bernama Chadil Deffy aka Deff Yingyuen ialah seorang pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook. Selepas jatuh cinta dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne ajak Deff kahwin. Namun, Deff pula tidak bersedia. Dia  mahu memastikan kariernya kukuh dulu.

Malang menimpa! Anne mati pada 3.1.12, selepas terbabit dalam kemalangan.   Deff dihimpit rasa kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji. Dia  akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Ia menjadi satu majlis pahit manis kerana ia menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta. ia sebuah kisah cinta yang memilukan dan juga aneh. Pada hari perkahwinan dan pengebumian itu, seluruh anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan. Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi


Tinggallah kenangan. Dan kesalan! Kalaulah saat boleh berulang? 


Pastikan anda tidak hidup bersama resah dan kesedihan kerana gagal membahagiakan dan menyempurnakan permintaan yang tersayang... 


Thanx to metro

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.