apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.1.12

Jumaat yang istimewa

Assalamualaikum... 


Faizah Abu Bakar menitipkan ilmu bermanfaat ini di facebook. Jom kita kongsi sama-sama....

•.♥• Fadhilat Jumaat •.♥•

•✿ ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi SAW biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat ツ

•✿ Nabi Muhammad SAW bersabda: 
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam ツ
•✿ Nabi Muhammad SAW bersabda: 
Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut ツ
•✿ Dari Abu Hurairah RA katanya, dia mendengar Nabi saw bersabda:
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya ツ
•✿ Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga ツ

•✿ Nabi Muhammad saw bersabda: 
Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik ツ
•✿ Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat) ツ

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari Jumaat kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat. (rujukan: Rahsia Jumaat)

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.