apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.1.12

Jangan pakai selipar laaa......


Assalamualaikum... 


n3 ini untuk anda yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.

Anda minat hendak menjadi pengacara di TV Astro? Hmm, ini ada peluang baik untuk anda. Pergilah ke lokasi2 berikut pada tarikh2 yang tertera:



Johor Baru: The Puteri Pacific - (21 dan 22 Januari)

Sarawak: Merdeka Palace, Kuching - (28 dan 29 Januari)

Kuala Lumpur: Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil - (4 dan 5 Februari)


Anda akan menjalani uji bakat Program ON AIR. Program ini memerlukan 7 wanita dan 7 lelaki yang akan ditempatkan di lokasi terpilih bagi menjalani kursus yang telah ditetapkan dalam usaha memantapkan mereka untuk bergelar pengacara televisyen.

Peserta bertuah akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu berita, majalah dan hiburan.

Juara bakal menandatangani kontrak sebagai 'Artis Residen Astro' selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain.


Tahu tak siapa jurinya? Waktu di Penang, Aznil ialah juri tetap dibantu oleh pengacara Suhaimi Sulaiman. Kenal ke SS? Pembaca berita yang hebat dengan bahasa Inggeris yang amat2 memikat! SS bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

Okey, di bawah ialah pesanan Aznil kepada anda yang hendak ditemuduga!


1. Datang awal kerana kaunter pendaftaran bagi setiap sesi uji bakat dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang.

2. Anda mesti boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.


3. Personaliti menarik.

4. Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

5. Jangan pakai selipar kerana bila anda berselipar, secara tidak langsung menampakkan keperibadian yang tidak serius untuk bergelar seorang pengacara.

6. Jangan tiru gaya pengacara sedia ada 


7. Tampillah dengan imej bersahaja tetapi meyakinkan.

8. Tamo gaya pakar motivasi dan pendebat juga.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.