apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.1.12

Ibu ada HIV tetapi anaknya bebas dari virus itu. Besarnya nikmat TUHAN!

Assalamualaikum... 

Percaya tak bila ada orang beritahu anda bahawa seorang ibu yang dijangkiti virus maut HIV, mampu melahirkan anak yang sihat dan disahkan doktor bebas daripada virus tersebut?

Jangan ragu2 hendak menjawab, ya, saya percaya! Kerana, bila ALLAH mengatakan jadi, maka jadilah! Lupa?

Pada 2004, doktor menjangka Zulaikha hanya boleh hidup selama empat tahun. 

Apakah perasaan anda bila doktor beritahu anda yang anda pengidap HIV dan sedang menati ajal datang menjemput? Tentu sedih, right? Zulaikha pun begitu. 
“Hati siapa yang tidak remuk apabila doktor memberitahu saya hanya boleh hidup empat tahun iaitu sehingga 2008. Ketika itu saya percaya kata-katanya dan menganggap kehidupan ketika itu sudah tidak bermakna,” 
Zulaikha, 33, berkata dalam tempoh tiga tahun, dia kerap berkurung dalam bilik sehingga tidak makan, minum dan mandi sehingga jatuh sakit.
“Mujur keluarga menerima dan menyokong saya. Mereka yang memujuk saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar serta jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Ditakdirkan, dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki berhati murni yang sanggup  memperisterikannya. Kini kehidupannya tambah bermakna apabila dikurniakan cahaya mata lelaki berusia setahun dua bulan yang disahkan bebas HIV. 

Syukur ke hadrat Ilahi.... Alhamdulillah! Semoga terus berada dalam rahmat ALLAH jua!

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.