apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.1.12

Hormon anda tak seimbang? Ohh....

Assalamualaikum... 


Hari ini marilah kita sama2 muhasabah diri. Tanya hati tu apakah kita ni ada masalah-masalah berikut: masalah berat badan, kemurungan, keletihan, cepat marah, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan stres. Kalau ada, tanya lagi... kenapa? Di mana silap? Apa kaitannya  dengan keadaan persekitaran, pola pemakanan, tabiat dan gaya hidup kita? Ataukah kita menghidap penyakit tertentu?

Tahukah anda bahawa jika kita ada menghadapi salah satu daripada masalah2 itu, secara tak langsung ia akan menjejaskan kesihatan kita?

Semua itu berlaku kerana kita mengalami masalah ketidakseimbangan hormon.

Hormon memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. 

Badan manusia bergantung kepada hormon untuk:
1. tidur, 
2. bangun pagi setiap hari, 
3. berfikir dengan jelas, 
4. membantu pertumbuhan, 
5. mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa.
6. mempengaruhi mood, 
7. kemampuan seksualiti, keinginan seksualiti, 
8. kesuburan; kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. 

Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda.

Masalahnya, bermula umur 25 tahun, manusia mengalami kemerosotan perlahan dalam pengeluaran hormon lalu menyebabkan penurunan fungsi normal tubuh dan penuaan.
“Banyak penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Antaranya ialah letih, murung, darah tinggi, kegemukan, masalah tidak boleh tidur, obesiti dan malas. Tidak terkecuali adalah masalah tidak subur, lesu, mudah keguguran, haid tidak betul, migrain dan senggugut,” 
- Pakar Antipenuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik, Dr. Wan Julia Sham Ariffin.

Wan Julia menambah, ramai doktor kini tidak mengaitkan sesuatu penyakit itu dengan hormon. Sebaliknya, mereka hanya merawat pesakit tanpa melihat penyebabnya.

Dalam badan kita ada banyak hormon, contohnya estrogen, progesteron dan  testosteron yang ada fungsi unik. Semua orang tahu hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita manakala testosteron pula untuk lelaki. 
“Kekurangan hormon akan menyebabkan seseorang itu tua sebelum masanya. Individu itu juga bakal berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, kuku pecah, stres, lingkaran hitam bawah mata dan muka cengkung,” 
Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon. Antaranya,


1. tekanan daripada persekitaran, 
2. toksik, 
3. makanan, 
4. dadah, 
5. alkohol, 
5. bahan kimia dan 
6. makanan segera.

Makanan segera boleh menyebabkan obesiti kerana ia mengandungi banyak gula yang akan menyerang insulin sekali gus mempengaruhi paras kortisol, estrogen dan progesteron. Ia berakhir dengan sindrom metabolik seperti kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan darah tinggi.

Hormon-hormon di dalam badan memerlukan mineral yang seimbang, vitamin dan antioksidan untuk berfungsi.

Senaman menggalakkan pengeluaran hormon. 

Masalah gemuk tanpa sebab dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah ketidakseimbangan hormon. 


Orang yang berisiko berdepan dengan masalah ketidakseimbangan hormon:

1. Mereka yang terlalu sibuk, tiada masa untuk menjaga kesihatan dan tiada masa untuk beriadah 

2. Orang yang tidak cukup tidur, 


3. Orang gemuk, 


4. Orang yang suka makan makanan segera

5. Wanita, kerana sistem tubuh wanita adalah lebih kompleks.

6. Wanita yang tidak beranak 

Masalah ketidakseimbangan hormon boleh diperbaiki atau dirawat dengan menyeimbangkannya melalui rawatan penggantian hormon semula jadi (bioidentical hormone replacement therapy) dan bukannya hormon sintetik kerana hormon sintetik mempunyai struktur molekul yang berbeza. Memang tubuh manusia boleh menerimanya sebagai benda asing namun reaksi dan tindak balasnya boleh menyebabkan kanser.


Kawan2, kalau anda tu nampak tua daripada usia... ha, itu tandanya anda kurang hormon, okey! Jadi.... buatlah sesuatu untuk tingkatkan hormon anda. Baca lagi di sini!




Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.