Langkau ke kandungan utama

Hero-hero..herolah!

Assalamualaikum... 

Mungkin kalau anda meneliti watak-watak hero ciptaan ana sofiya, anda akan dapati bahawa aku mesti menggambarkan mereka sebagai lelaki yang tinggi (mencecah enam kaki), kacak, ada humor sikit-sikit. Tapi, kebanyakannya mesti tegas. 

Sebagai penulis, memang akan ada gambaran lelaki hebat (fizikalnya) di ruang mata ni, setiap kali aku menggambarkan hero-heroku. Ada yang pernah menyuruh aku letak wajah mereka di dalam novel, tapi entahlah... tak pernah terfikir pula. Mungkin satu hari nanti, kut hehe...

So, kalau anda hendak tahu siapa-siapakah lelaki yang pernah melintas dalam fikiran ini, silakan... tataplah puas2 ..hehe

Ini wajah Danial dalam Di Persimpangan Kasih. Aku memang minat giler dengan Kevin Costner ni terutama bila melihat dia dalam The Bodyguard tu. Suka pada cara dia yang bersahaja.
Aku suka dia ni sejak aku tengok lakonannya dalam drama Korea, All About Eve. Memang terpesona habis. Ketenangan Jang Dong Gun dalam drama itu aku pinjamkan kepada Adif Farhan untuk Bila Kau Bisikkan Cinta.
Kenapa aku minat dia? Hans ni aku suka kat mata dia. Very expressive! Dan, suara garau dia. hehe... Waktu mula cipta watak Hisyam dalam Tak Mungkin Kuhindar, aku bayangkan dialah... Nakal, pandai menggoda, pemarah pun ya...

Mungkin ada yang cakap, alah, hero kak sofi ni semua orang tua-tua..hahaha... Tak juga! Untuk cerpen aku yang paling diminati ramai iaitu Cintaku Di Awan Biru, aku mahukan dia ni jadi Kapten Ahmad Faiz Zakuan. Siapa? Tengok bawah....
  
Darius Sinathrya... macho kan, dia... Bayangkan dia pakai pakaian seragam pilot. Aduh... tak tidur malam gue nanti... gatai! haha!

Cukuplah, k! Nanti ada pulak orang cakap, kalau bayang2 macam ni... tak boleh ke hapa.. Siapa susah? Aku juga!

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…