apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.1.12

Drama Gemersik Kalbu di TV3 mulai hari ini, Isnin, 2.1.2012 jam 7 malam..




Assalamualaikum... 

Hari ini, 2.1.2012, kan?...  Tadi masa dok jalan2 di Fb, jumpa artikel tulisan Kamarie Mohamad ini. 
Gemersik Kalbu...slot akasia tv3 esok..pun adaptasi drp novel jg kan? mesti meletop jg nanti.. ini membuktikan kuasa novel..hehe..so, siapa kate pembaca novel ni jiwang-pelik-geek?? novel pun boleh jana ekonomi ...;P
Makkk aiii, teruja I! Hehe.. nyaris x terlupakan!

Dari portal TV3 pula...
Kepada yang tak pernah baca Gemersik Kalbu, bila anda tengok citer ni nanti, anda mesti suka.... macam anda suka Nora Elena dari Cinta Yang Suci tu... :)

Sinopsis dia...
“Patah tumbuh, hilang berganti”... 
Namun, ungkapan ini seperti tidak bermakna bagi si gadis bernama Raihana yang merasa kecewa dan patah hati setelah kematian mengejut tunang tersayang. Mampukah cinta kembali berputik dengan kehadiran Sufian yang begitu bersungguh-sungguh menjadikan Raihana sebagai permaisuri hatinya? Ikuti kisah pergolakan hati dan perjuangan cinta dalam drama terbaru TV3, Gemersik Kalbu yang bakal menemui para penonton mulai 2 Januari 2012 nanti. 

Hmm, 

Drama bersiri ni ada 24 episod. Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Pengarahnya ialah Heykal Haniffah. Dan barisan pelakonnya ialah:
Aqasha, Ayu Raudah (Sufian dan Raihana)
Yang lain2, kita tengok ajelah nanti!

Gemersik Kalbu juga merupakan drama bersiri terbaru yang telah diadaptasi daripada novel popular hasil nukilan Anis Ayuni.

Tapi nak 100% macam dalam novel tu, janganlah harap, ya! Sebab, awal2 lagi   Pn. Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, dah kasi warning yang..... 
Harus diingat apa yang kita baca dan divisualkan selalunya tidak 100% sama. Namun, kami masih mengekalkan tajuk asal novel untuk drama dan hanya terdapat 80% persamaan kerana kami telah mengubah sedikit jalan penceritaan untuk menambahkan lagi impak emosi bersesuaian dengan citarasa penonton dan juga bagi memastikan setiap babak yang dipaparkan mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan. 
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua? 

Gemersik Kalbu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam bermula 2 Januari nanti. 

Kalau terlepas? 

Tengok sini! 


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

4 ulasan:

  1. sk cite ni... :)

    BalasPadam
  2. err....akasya???
    adoi... bek stay baca novel je.



    gadis utm...

    BalasPadam
  3. Anonymous, watak matang tu sesuai dengan aqasha arasanya.. :)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.