apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.1.12

Dia redha meskipun 3 daripada 5 anaknya sakit...


Assalamualaikum... 

Namanya Rosnah Awang. Dia berasal dari Selama Perak. Pada 1982, dia berkenalan dengan Mohd. Mizan Mohd. Aris dan mereka langsung mendirikan rumah tangga lewat tahun 1984. Selepas berkahwin, pasangan ini sepakat untuk menetap di Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan 5 orang anak, kesemuanya lelaki.   Selepas berkahwin Rosnah belajar luar kampus. Ketika itu, anak sulungnya Mohd. Firdaus, sudahpun masuk tadika. 

Satu hari, Firdaus mengadu tidak mahu ke sekolah kerana sakit kaki.
"Bermula dari hari itu cara berjalannya juga berubah. Dia berjalan seperti berjengket. Kami memang minta nasihat doktor dan setahun selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan anak kami menghidap penyakit genetik yang diberi nama Heredity Spastic Paraplegia (HSP)."
Penyakit Heredity Spastic Paraplegia (HSP) ialah penyakit berkaitan urat pada saraf tunjang. 
Hereditary Spastic Paraplegia (HSP) is a group of rare, inherited neurological disorders. Their primary symptoms are progressive spasticity and weakness of the leg and hip muscles.
"Doktor mengatakan saraf tunjang anak saya telah mati dan doktor suruh saya bersedia secara mental kerana kesemua anak lelaki saya berkemungkinan menghidapi penyakit ini. Doktor beritahu pada saya walaupun kes ini amat jarang tetapi ia pernah berlaku. Menurut doktor ia penyakit genetik dari sebelah keluarga saya. Saya cuba menolak fakta itu kerana setahu saya keturunan saya tidak ada yang menghidap penyakit tersebut, namun doktor berkata ia mungkin pernah terjadi pada zaman moyang saya yang terdahulu. Paling menyedihkan apabila doktor kata mereka tidak mempunyai ubat untuk penyakit genetik. Apa yang boleh dibuat hanya terapi dan senaman supaya kesihatan anak saya tidak merosot hari demi hari," - Rosnah.

SEHEBAT mana pun sesuatu anugerah itu mungkin tidak cukup untuk dibandingkan dengan kehebatan wanita ini, kan?

Selain anak sulung, anak ketiga, Mohd. Farid Faiz, 20, dan anak bongsu, Mohd. Fazrul Faiz, 13, mula menunjukkan simptom penyakit tersebut. Farid sudah mula menggunakan tiub untuk menyalurkan susu dan Faiz masih boleh bergerak walaupun agak perlahan.

Rosnah mengakui bukan mudah menjaga anak yang sakit, malah ada ketikanya beliau berasa seperti mahu lari dari segalanya. Namun, alhamdulillah beliau diberi kekuatan oleh Allah dalam menempuhi ujian demi ujian pada anak-anak.
"Memang ada satu peringkat saya mengalami tekanan yang amat sangat dan saya redakan dengan pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji. Selama 44 hari di Mekah, saya banyak bermuhasabah diri, saya sedar saya pernah hilang sabar dengan kerenah anak sakit, namun itu bukan kehendak mereka, Allah menguji saya dengan kehadiran mereka," 
Rosnah turut bersyukur kerana dikurniakan adik beradik dan ipar duai yang begitu memahami dan banyak memberi sokongan.

Malangnya, pada tarikh 19 Januari 2010, Firdaus menemui pencipta-Nya. Anaknya itu mengalami kesukaran untuk bernafas.
"Pukul 3.19 pagi beliau meninggalkan kami buat selama-lama. Alhamdulillah pengurusan jenazahnya amat mudah," 
Dalam pada itu beliau bersyukur kerana anak kedua, Mohd. Farhan, 24, dan anak keempatnya, Mohd. Fariz Fitri, 16, bebas daripada penyakit genetik tersebut.

Ketahuilah kehebatan wanita ini dalam utusan. 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.