apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.1.12

Dia muda, tapi terpilih antara 100 orang paling berpengaruh...

Assalamualaikum...


Fong Wai Hong, anak muda berasal dari Petaling jaya yang meninggalkan Malaysia seawal umur 12 tahun untuk belajar di Singapura di bawah tajaan  Biasiswa Asean. Sekarang umur dia dah 25 tahun dan dia ialah pemilik Ozhut, sebuah syarikat online business, yang bernilai RM8.5 juta. Kerana gigih dan kejayaannya, dia dinamakan di antara 100 manusia paling berpengaruh oleh sebuah majalah di Australia, tempat dia menginap sekarang. 

Apa yang menarik tentang lelaki muda ini ialah, dia cakap, ke manapun dia pergi, di manapun dia berada, dia tak lupa pada tanah tumpah darahnya, Malaysia! Hmm....

Dah ada dua orang Cina yang menempa nama di persada dunia. Anak Melayu? Haih, belum ada kut, ya? Atau...low profile? Jika ada yang anda tahu, meh kita kongsi di sini. Untuk menjadi perangsang kepada anak2 muda kita di negara sendiri....


 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.