apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.1.12

Dengarlah dengkuran dari langit...

Assalamualaikum... 

Langit yang penuh rahsia....



Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari, 2012. Ia menggegarkan banyak kampung sekitar. Ia adalah satu misteri.

Saksi, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, seorang guru yang berasal dari Kampung Meranek menceritakan:
"Saya terjaga pada jam 3 pagi kerana gangguan bunyi yang terlalu kuat. Bunyi itu macam bunyi dengkuran. Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi semakin lama bunyi itu semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama. Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga,” 
- katanya kepada Sinar Harian.

Kata Ferdauz lagi, pada malam pertama kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan yang takut dan panik.
“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” 
Sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku.  Untuk pengetahuan anda, dengkuran ini tidak berlaku di Kota Samarahan sahaja malah sejak tahun lepas ia sudah berlaku di Sweden, di Denmark malah baru dua tiga hari lepas, ia dikhabarkan berlaku di London. Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.