Langkau ke kandungan utama

Cintamu Cintaku Satu - Komen teman-teman di P2U




“Assalamualaikum.” Tangan kanan dihulurkan. “Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saudari tentu pernah dengar nama saya, kan?”

“Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf, ini kali pertama saya dengar nama encik.”

Taufik Azhari ~ 
Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu air mukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturan. Bagaikan satu sumpahan, aku terus mencari siapakah dirimu. Lalu aku sematkan tekad di hati, engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir Tuhan menemukan. Kau hadir mengharap pertolongan dan aku pasti tidak keberatan, namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan. Sungguh bukan niat untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang aku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu, suri hatiku.
Nurul Hana ~ 
Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku wajar dijadikan cagaran? Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini? Sudah berulang kali aku katakan tiada cinta di hati untukmu, lalu bahasa apa lagi harus kulafazkan agar kau bisa mengerti? Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan, sehingga aku tidak punya pilihan. Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaanku harus kukorbankan. Aku keliru di persimpangan, antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini. Yang mana harus aku utamakan?
Judul : Cintamu Cintaku Satu

Penulis : Ana Sofiya

Penerbit : Fajar Pakeer

Semenanjung : RM20.00

Sabah/Sarawak : RM23.00

Ni ialah komen dan ulasan untuk novel keduaku ini yang kuambil dari Penulisan2U. 

17 ulasan untuk “Cintamu Cintaku Satu”

ainie says:


mcm best je korang citeer.esk nak beli jugak la.tak sabor dah nak baca

ling says:


besttt,teruskan usaha anda.jgn berputus asa.sy suka bc semua novel2 yg awak tulis.

Achik Ezz says:


Mintak sapa2 yg dah baca tolong kategorikan criter ni.sedih ker,klakar ker…ala2 novel remaja budak sekolah atau dewasa…

Achik Ezz says:


Dah habis baca.jalan cerita macam biasa,bleh agak. Boleh la dikategorikan best. Masih boleh diperbaiki utk karya yg akn datang. 3.5/5 hehehe….bleh?

cepoy says:


cinta tak dapat d paksa kan

Arry says:


jalan cite dia mmg menarik..lain daripada yang lain…

Fiona Azwa says:


Oppss..novel ni mmg best..dah banyk karya yg saya baca..tp ini first Novel yg saya baca yg ada kisah cinta tapi punya unsur thrillerr…good job..terbaekk untuk di buat koleksi bagi penggemar novel.

Nurul88 says:


dah beli lama dah..memang best..

i is me says:


betul..tak nyesal beli.



Nak beli la! tp x dpt kuar la huhu

Khairil Anam(Jue Lee Naa) says:


nnti nk beli laa tp maybe pas exam kot… mmg gila sgt baca buku nie,apatah lg kalau novel… nk bwat koleksi…
…ss…

Syahirah says:


Rugi siapa tak beli… Memang best sangat cerita novel ni…

jocey a.k.a josephine says:


knapa sinopsis saja??kta org x dpt beli la…susah nak cari kat sni…sedih nya >(:(

nurul umairah says:


novel ni novel yang paling best

eyana says:


salam…best ke novel ni??waaa ni nak bli…
sy pon kaki novel gak,,1 rakk dah penuh…
btl x sia2 bli novel ni??
ape pon mekasi pada yg da baca novel ni coz anda dah bg info,^_^

blooberry_girl says:


sye dh bli novel nie,best sgt2..yg x bestnyew m/s 187-218 miss..huhuhuhuhuhuhuh..ape yg ptt i buat??

iman says:


best ke tpi mcm best..baru beli baca pun cikit bru..tpi rasa2 mcm best…nnti dh habis bace bru nk komen lg.

Tanpa anda yang sudi memberi komen, dan yang sudi baca, siapalah aku yang bergelar penulis ini, kan?

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Cerpen: Dia Idaman Jiwa

    1
    “Hi, boleh aku duduk kat sini?”

    Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

    “Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

    “Kalau saya jawab tak boleh?”

    Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

    “Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

    “Macam tak ada tempat lain!”

    “Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

    Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

    Yang Terakhir: Versi Cerpen

    1
    “Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
    “Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
    Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
    “Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
    Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

    Inikah Cinta? : Versi Cerpen

    1

    "Ouch!"

    Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

    "Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

    "Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

    Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

    "Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…