apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.1.12

Cemburu Punya Fasal!

Assalamualaikum... 

Cemburu tandanya sayang, semua orang tahu tu! Tapi janganlah disebabkan rasa cemburu yang meluap-luap, anda lupa pada qada dan qadar TUHAN. Lupakah bahawa setiap yang terjadi itu semua atas kehendakNYA juga? 

Terimalah makna dah tak ada jodoh. Jangan berdendam! Jangan marah! Jangan kecewa! Mungkin, dia bukan yang layak untuk anda!

Namun, berapa ramai yang akur? Amanlah dunia sekiranya ada diamalkan perkataan, 
"Tak apa, saya redha aje..."
Syaitan tak akan izinkannya! Dan kerana hasutan syaitan juga, maka terjadilah seperti apa yang berlaku di Melaka ini...


Seorang duda anak satu bertindak menikam perut Norliza Alismadi, 22, kerana diasak perasaan cemburu dan tidak puas hati yang meluap-luap terhadap kekasihnya itu yang mahu memutuskan hubungan yang sudah terjalin sejak lapan bulan lalu. Kata Norliza, dia sudah tidak tahan dengan sikap suspek yang tidak bekerja selain dipaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM420 ke atas kereta suspek jenis Perodua Viva.

Sebelum kejadian, Norliza dan suspek bertemu di belakang tempat kerjanya untuk memulangkan motosikal jenis Yamaha milik lelaki itu selain bertanya mengenai telefon bimbitnya yang diambil duda berkenaan.

Katanya, tanpa diduga, suspek terus bertanya sama ada dia mahu meneruskan hubungan atau memutuskannya. Sebaik Norliza jawab hendak putus, suspek terus marah dan naik hantu. Kata2 beikut ialah amarannya! 
"Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain boleh miliki diri kau tu!"
Habis cakap, suspek pun mengeluarkan sebilah pisau dari dalam bajunya lalu menikam perut Norliza. 

Dia kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal tapi berjaya ditahan setengah jam selepas melakukan perbuatan itu.


Lanjut? Buka sini!

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.