apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.1.12

Bukan senang kahwin 4, ya?

Assalamualaikum... 


Membaca keluhan Salih Yaakub dalam Utusan Malaysia ini, buat aku disimbah rasa 'admire' pada dia. Hisy jangan salah sangka, ya! Aku kagum..ha, itu perkataannya! Kagum dengan cara dia menangani masalah yang dibangkitkan oleh salah seorang isteri yang fikirannya sudah diracuni seorang insan bergelar sahabat. Kira...kawan makan kawan laaa...

Ingat lagi masa heboh dia nak kahwin kali ke empat? Wah, kan glamour isteri yang itu? Siap cakap suka hidung si Saleh lagi. Masa tu memang terdetik dalam hati aku tentang perhubungan Salih dengan isteri-isteri yang lain. Takkan yang tiga orang lagi tu tak cemburu, kut... itu yang kutanya diri. 

Rupa2nya, hampir bercerai juga dia dengan isteri kedua. Hmm... gara2 hasutanlah, apa lagi? Tapi, kenapa yang kedua? Bukan yang nombor 1 atau nombor 3? TUHAN menguji....

Nasib baik, cik abang pandai ambil hati sehingga perhubungan kembali bertaut. Haih... kalau tidak, kesian anak2, kan?

Bacalah dan tekan di sini. Mungkin boleh dijadikan iktibar!


 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.