apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.1.12

BERITA GEMPAR...Kemalangan Awal Tahun 2012


Assalamualaikum... 


Berita gempar dari Perak.... 


6 maut kemalangan 3 kenderaan
01/01/2012 3:43am
Oleh Amizul Tunizar Ahmad Termizi dari kosmo
IPOH - Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Lekir - Manjung malam tadi, ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan tahun baru 2012.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas pukul 11.30 malam itu.
"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian,’’ 
Mohd. Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpul maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera.


Sementara itu, ini pula aku petik dari blog sembang hari2

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjong malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Yang benar? Nanti akan aku update lagi, ya! Sabar!

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.