apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.1.12

Berani atau Bodoh?

Assalamualaikum... 


Seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun, penuntut USM tahun akhir, jurusan kejuruteraan, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kerana menulis begini di status facebooknya.
'Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter' 
[Najib (Perdana Menteri) akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya].

Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kita telah menahan pelajar itu. Sidang akhbar mengenai perkara ini akan diadakan esok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

sofi: Kut iya pun, budak2 muda oi, ingat TUHAN, ingat mak bapak masa nak buat benda2 macam ni! Facebook tu bukan untuk anda luah perasaan yang entah apa2 begini..... 

Apakah ini keberanian? Ataukah kebodohan?

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

4 ulasan:

  1. myb die maksudkan najib kawan die ke..hehehe...sbb die ckap najib je...xde pon die cakap in "perdana menteri" or ape2 pon..dorunk je tkot2 dak2 sekolah ni..

    BalasPadam
  2. itu namanya bodoh..
    wise people will think first before came out with any statement. hahaha.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.