Langkau ke kandungan utama

Apakah?

Assalamualaikum... 



Tajuk: ¤ Pertanyaan Imam Ghazali pada Murid-Muridnya ¤ 

Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Dia bertanya:
"Apa yang Paling Dekat dengan Diri kita di Dunia ini...??" 
Mereka menjawab: 
"Orang tua, Guru, Kawan, dan Sahabat". 
Sang Imam pun membenarkan: 
"Benar, tapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab setiap yang bernyawa pasti akan mati". 
- (QS. Ali Imran : 185, QS. Al Ankabuut : 57, QS. Luqman 34) 


Setiap detik kematian mengintai kita dan kita tidak dapat mengundurkan atau memajukan waktu kematian bila sudah saatnya.
- (QS. An Nahl : 61, QS. Al Munaafiqun : 11). 


Maka dari itu, pergunakanlah waktu hidupmu dengan sebaik-baiknya, sebelum datang waktu matimu. Bekerjalah (Lakukanlah) untuk duniamu, seakan-akan engkau hidup selamanya... dan bekerjalah (Lakukanlah) untuk akhiratmu, seakan-akan engkau akan mati esok.. 

Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya setiap usaha terdapat tujuan. Dan, tujuan setiap anak Adam adalah kematian. Maka selayaknya kamu mengingat ALLAH, neiscaya ALLAH membuat mudah dan menumbuhkan rasa cinta pada dirimu terhadap Akhirat".
- (HR. Al-Baghawi dalam Kitab Asbab al-Wurud). 


~ Lalu dia meneruskan pertanyaannya, 
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini...?!" 
Mereka menjawab: 
"Negeri Cina, Bulan, Matahari dan Bintang-bintang". 
Dia pun membenarkan: 
"Benar murid-muridku, tapi yang paling benar jawapan kepada pertanyaan itu adalah masa lalu. Dengan cara apapun kita tidak dapat kembali ke masa lalu."
- (QS. Al Mursalat : 22, QS. Luqman : 29, QS. Faathir : 13, QS. Shaad : 3).


Pergunakanlah waktumu dengan sebaik-baiknya, berikanlah amalan terbaikmu untuk hari ini. Agar tak ada penyesalan di kemudian hari. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama Islam. 


Rasulullah SAW bersabda: 
"Barang siapa yang keadaan hari ini lebih baik daripada hari yang silam (Lalu), dia termasuk orang yang beruntung. Apabila keadaan hari ini sama dengan hari yang silam, dia merugi. Dan, apabila hari ini, lebih buruk daripada hari yang silam, dia terlaknat." 
- (HR. Imam Al-Hakim) 
~ Kembali Imam Ghazali bertanya: 
"Apa yang paling besar di Dunia ini...?!" 
Para murid menjawab: 
"Gunung, bumi dan matahari". 
Sang Guru pun tersenyum sambil membenarkan, 
"Semua jawapan itu benar, tapi yang paling besar adalah Nafsu." 
Jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka. Banyak manusia yang di butakan hatinya kerana menuruti hawa nafsunya, sehingga akal fikirannya tak sejalan lagi dengan iman di hatinya. 
- (QS. Al Qamar : 3, QS. Muhammad : 16, QS. Al Qashash : 50, QS. Al Jaatsiyah : 18, QS. Ar Ruum : 29) 


Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Al-Ash RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya tunduk (sesuai) dengan ajaran yang kubawa (ajaran agama Islam)". 
- (Hadith Hasan Shahih diriwayatkan dalam Al-Hujjah dengan Isnad yang Shahih). 
~ Selanjutnya, 
"Apa yang Paling Berat di Dunia ini...?!" 
Dengan serentak murid-murid menjawab: 
"Besi dan Gajah". 
Sang Imam lagi-lagi membenarkan, 
"Semua jawaban kalian benar, tapi yang paling berat adalah memegang Amanah"
- (QS. An Nisa' : 58, QS. Al Anfaal : 27, QS. Al A'raaf : 68, QS. Al A'raaf : 62)


Amanah yang sudah diterima hendaknya disampaikan kepada ahlinya. Titipan (Amanah) yang sudah diterima harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Jangan sampai kau kena laknat ALLAH kerana tidak amanah. 


Seorang lelaki datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW. 
"Wahai Rasulullah, bilakah (bagaimanakah) kiamat itu akan terjadi?!" 
Baginda menjawab: 
"Bila amanah (Kepercayaan) diabaikan (tidak disampaikan dan tidak dijaga), maka tunggulah kiamat itu".
Lelaki itu bertanya lagi, 
"Bagaimana pula pengabaian amanah itu?!" 
Rasulullah SAW menjawab: 
"Apabila urusan atau pekerjaan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat itu". 
- (HR. Imam Bukhari). 
~ Sang Imam pun melanjutkan pertanyaan kelima: 
"Apa yang paling ringan di dunia ini...?!" 
Ada yang menjawab: 
"Kapas, angin, debu dan daun-daunan". 
Dengan tersenyum Imam Ghazali membenarkan: 
"Semua benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat".
Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat. Ketahuilah wahai murid-muridku, solat adalah amalan pertama yang dihisab. Bila baik amalan solatnya maka baik pula amalan yang lainnya. 
- (QS. Al Baqarah: 238, QS. Al Baqarah: 43, QS. Al-Hajj:77, QS. An Nisa: 103).


Solat itu tiang agama, barang siapa meninggalkannya maka ia telah merobohkan agama yang ada pada dirinya dan ia telah kafir. 


Dari Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Ikatan islam dan kaidah (sendi) agama ada tiga; di atasnya didirikan Islam. Siapa yang meninggalkan salah satunya maka ia telah kafir dan halal darahnya, iaitu: 1. Mengakui bahawa Tiada Tuhan selain Allah, 2. Solat Fardhu (wajib) dan 3. Puasa Ramadhan. 
- (HR. Abu Ya'la dan Dailami). 


~ Dengan bersemangat Sang Imam menayakan pertanyaan yang terakhir, 
"Apa yang paling tajam di dunia ini?!" 
Dengan bersemangat pula murid-murid menjawab, 
"Pedang". 
Imam Ghazali pun membenarkan perkataan murid-muridnya itu. 
"Benar sekali, tapi yang paling tajam adalah lidah manusia. Kerana lidah, manusia selalu bisa menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri, bahkan bisa menimbulkan peperangan (pertumpahan darah) saudara". 
- (QS. Qaaf : 18). 


Orang yang suka menggunjing/mengumpat orang lain, ibarat memakan daging saudaranya 
- (QS. Al Hujurat : 12) 
Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya kebanyakan dosa anak Adam berada pada lidahnya, maka jagalah lidahmu (Ucapan) dengan baik (perkataan yang baik)". 
- (HR. Imam Thabrani dan Al-Baihaqi). 
Abu Musa RA berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah SAW', 
"Wahai Rasulullah, Muslim yang bagaimanakah yang paling mulia?!" 
Maka baginda menjawab, 
"Iaitu, orang yang membuat semua kaum muslimin selamat dari (Gangguan) tangan dan lisannya". 
- (HR. Muttafaq 'alaihi). 
Sahl Ibnu Sa'ad RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 
"Barang siapa yang bisa menjamin untukku, apa yang ada di antara dua rahangnya (Lisannya) dan yang ada di antara ke dua-dua pahanya (Kemaluan), maka Aku akan menjaminnya masuk Syurga". 
- (HR. Muttafaq 'Alaih). 


Semoga Bermanfaat. . . (^_^) Sampaikanlah dariku, walau hanya satu ayat.

Terima kasih Asmah Ashat, pesanan ini sangat bermakna....

Sesungguhnya, di saat ini... kita tanyakan diri kita... AKUKAH? Jika ada kita memiliki salah satu keburukan di atas, marilah sama2 kita berubah, demi kebaikan diri kita sendiri. Berpesan2 dengan kebaikan. Berpesan2 dengan kebenaran...

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…