Langkau ke kandungan utama

Anak yang lahir akan cacat kalau anda jimak...


Assalamualaikum... 


Malam ni kan malam Jumaat? Hmm, orang yang dah kahwin tu.. kenapa senyum2? hehe... nakal!


Okey, memang pun topik berikut ini tentang hubungan suami isteri. Yang dah kahwin eloklah baca. Yang belum, boleh baca untuk jadi panduan bila dah kahwin nanti....


Mulanya, aku tergelak kecil bila baca soalan berikut di dalam Harian metro
SAYA bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan. Apakah hukum suami isteri berjimak dalam keadaan berbogel? Benarkah hasil benih berhasil jimak begitu, bayi yang dilahirkan nanti akan terencat?
Kemudian aku beristighfar sendiri. Mengerti bahawa bukan semua orang tahu bab-bab fiqh begini, betul tak? Mujurlah insan ini mahu bertanya. Sekurang-kurangnya dia masih ingin agar apa yang bakal dilakukan bukan semata-mata berlandaskan nafsu namun lebih kepada mencari keredhaan ALLAH. Alhamdulillah! 


Ya, bagaimana mahu menjawab soalan itu? 


Di dalam harian metro itu, jawapan yang diberikan adalah seperti di bawah:

ANTARA adab yang baik ketika bersama dengan isteri ialah menutup atau menyelimuti diri anda dan isteri dengan kain dan jangan berada dalam keadaan bogel. Ini bagi menjaga aurat sesama pasangan dan melindungi daripada pandangan luar seperti intipan. 
Al-Tabrani meriwayatkan bahawa : 
“Apabila di antara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah kedua-duanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keldai.” 
(Tabarani). 

Pandangan bayi lahir akan terencat dengan sebab itu tidak benar. Ia ditentukan Allah dan bukan atas sebab persetubuhan begitu. Seterusnya hendaklah dibaca doa berlindung daripada syaitan. Jika dikurniakan anak ia tidak dimudaratkan syaitan.

Kita kan orang Islam? Tentu sahaja ada adab dan rasa malu. Berahi macam manapun, berpada-padalah....

Jika masih ingin tahu lebih terperinci, masuklah ke page ini. 

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. Dan jika kita berjimak pada malam raya,bayi yang lahir akan mempunyai 6 jari (kata orang tua2)

    BalasPadam
  2. dan kalau berjimak pada malam nisfu sya'aban bayi yg lahir akan ada tanda yg menjelikkan di muka.. wallahu alam

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…