Langkau ke kandungan utama

Alihbahasa yang kucar kacir

Assalamualaikum... 

Tahukah anda yang kerja sebagai translator - pakar alih bahasa itu sebenarnya bukan mudah? Tak tahu? Tu laa yang aku baru nak bagi tau ni.. hehe! Jika tidak, jadilah pengalihbahasaan itu... satu lelucon bahasa, bahan lawak yang menjadi gurauan di internet!

Inilah apa yang berlaku kepada laman web rasmi Kementerian Pertahanan baru-baru ini. 
Netizens on social networking sites were literally ROFL, which is cyberspeak for "rolling on the floor laughing", as they shared the link to the ministry's amusing English translation of the staff dress code on its official website.
Anda bayangkan, bagaimana alihbahasa itu dibuat...


........  If you are working at Malaysia's Defence Ministry, be sure not to wear "clothes that poke eye"........
 "clothes that poke eye" = pakaian yang menjolok mata. 
Ada ke? 


Page tentang etika berpakaian bagi mereka yang beberja di Kementerian Pertahanan ini sudah ditutup kot kerana aku tak dapat menemuinya lagi namun cara mereka mengalihbahasa menyebabkan page tersebut mendapat hit yang tinggi..... iyalah , tentu ramai nak gelak bila sebuah kementerian 'besar' translate secara apa yang dipanggil, literal translation. 


Ni antara beberapa lagi literal translation yang dilakukan....

Tight Malay civet berbutang three untuk Baju Melayu cekak musang berbutang tiga.

Baju batik lengan panjang berkolar menjadi long-sleeve batik shirt with collar

Cekak musang buatan Malaysia untuk Mongoose fight made in Malaysia.  

Shine closed dialihbahasakan daripada kasut bertutup iaitu closed-toe shoes.

Selepas tersebar secara meluas di Twitter dan Facebook, pihak kementerian segera mengeluarkan Bahagian alihbahasa Inggeris daripada portal tersebut. Mereka berjanji untuk dapatkan software baru yang dapat melakukan alihbahasa dengan lebih baik. 

dapatkan maklumat penuh daripada sini.
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…