apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.1.12

Ada sesiapa dapat panggilan daripada Bukit Aman tak?


Assalamualaikum... 

Orang jahat di zaman IT ini sangat-sangat kreatif. Terkini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Siapa yang membuat panggilan? Polis ke? Bukan! Tu yang aku kata tu, orang jahat makin kreatif, sekarang!

Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik. Kebanyakan pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil, kata Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf. 

Apa yang boleh anda buat andai kata anda terima panggilan palsu ini?

Nasihat Ramli:
Dapatkan butiran pemanggil seperti nama, pangkat dan jawatan. Cakap juga pada pemanggil tu yang anda akan menelefonnya semula dengan mendail nombor yang tertera di skrin telefon anda. Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ramli berkata semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu. 
- BERNAMA
Jomlah kita beri kerjasama bagi menangkap culprit ini. 


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

2 ulasan:

  1. aku ingat aku dapat panggilan dari bukit Aman dekat 17 kali rasanya. tapi aku endahkan je panggilan tu, pasal ofis aku tak jauh dari Bukit Aman, kalau was-was boleh kita ke sana, tanya kat kaunter Bukit Aman.

    BalasPadam
  2. Anonymous, mcm2 cara og nk menipu skrg nih...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.