Langkau ke kandungan utama

Ada DEMO rupa-rupanya?

Police beat up, arrest undergrads in UPSI over academic freedom demo
Assalamualaikum... 

Berita ni tak ditunjukkan dalam akhbar2 arus perdana, ya! Kenapa? Biasalah...

Katanya.... awal pagi Ahad ni, sekumpulan aktivis dalam kalangan pelajar UPSI membuat demonstrasi aman untuk 'demand academic freedom' kononnya...dan mereka ini telah dipukul oleh polis. 

Mengapa?

Apa lagi, sebab degil dan tak mahu bersurai bila polis suruh. 

Seawal pukul 2 pagi, seramai 17 orang telah ditahan, menurut peguam Fadiah Najwa Fikri, dan khabarnya masih lagi ditahan. 
Katanya lagi.... pasukan polis guna kekerasan terhadap pelajar2 itu. Mereka pukul, tendang dan tumbuk. ???? Seorang pelajar bernama Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademic (Bebas) tercabut beberapa batang gigi dan dihantar ke hospital Slim River dalam keadaan tidak sedar diri. 
- Fadiah Najwa told The Malaysian Insider over the phone.
Fadiah tak pasti pula berapa ramai polis yang memukul tu tapi..
“but there were too many.."
Macam-macam hal! Aku tak suka nak teruskan bab2 macam ni. So kalau anda nak tahu lebih lanjut, buka page ini dan baca.

Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu dan ingat ALLAH sebelum melakukannya kalau anda tak mahu ingat pada emak, bapak, atau...sesiapa ajelah! Kepada yang berkuasa pula, fikirkanlah apakah perasaan anda, jika anak anda dipukul orang. Sakit tak? 

Hai, beginikah cara lain menyambut kedatangan tahun baru?

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. mahasiswa yang tak reput dengan nota2 dan tak tidur dengan isu sekeliling dan yang menjauhi aktiviti 'penyepahan kondom' di dataran merdeka ini mencari keadilan. berani menyampaikan yang pendapat yang sememangnya benar. cuma mungkin semangat yang tersaur terlebih sedikit.

    yang pasti mereka bukan penyumbang yang menaikkan statistik anak luar nikah 9 bulan akan datang.

    BalasPadam
  2. Sebelum ni suara lantang mereka tidak didengari oleh pemimpin..bila buat demo secara aman, mereka dipukul sehingga cedera parah...salah ke pelajar lakukan demo setelah suara mereka tidak didengari langsung? pelajar juga berhak bersuara dlm negara DEMOKRASI ini..tidak selalunya pemimpin kita sentiasa BETUL..perlu dengar suara pelajar.....

    BalasPadam
  3. haku, malangnya, mereka yg bersemangat ini dianggap sampah dan yg memekik terlolong serta buat maksiat....ntahlahh..

    BalasPadam
  4. Salina Azni, menentang.. x boleh! tp kl dok jack, puji... xpe.. konesep mana ntah yg dipakai!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…