apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.1.12

Acik Lana di Harian Metro


Assalamualaikum... 

Kalau sebut Rasiah Abdul Rashid, mesti ramai yang tidak kenal. Tapi, kalau sebut Acik Lana, hmm.... suka? Dah cam? 

Baru2 ini dalam Harian Metro, Acik Lana memberi pendapat tentang novel genre percintaan. 
“Sekiranya dilihat di kedai buku, novel percintaan pasti berada di atas rak mereka. Bukan satu tetapi banyak dan ini secara tidak langsung menunjukkan masih terdapat ramai individu yang meminati bahan bacaan seperti ini. Selain itu, dengan perkembangan teknologi sekarang, mereka boleh membaca novel secara dalam talian. Ini kerana, ramai penulis baru akan memuat turun bahan mereka bahagian demi bahagian (bab) ke dalam blog persendirian ataupun laman web syarikat penerbitan buku yang dirasakan bersesuaian."
Membaca di laman blog memang best. Sebab ada yang komen. Komen2 ni pulak bukan sekadar pujian malah ada yang komen pedas2. Bagi penulis, ini yang seronoknya...

Kata Acik Lana.
“Kemudian, komen atau pandangan pengikut blog (pembaca) yang ditinggalkan selepas membaca sesuatu karya akan diambil sebagai panduan kepada penulis untuk dimasukkan ke dalam bahagian seterusnya,” katanya yang turut dikenali melalui cara berkenaan. Menerusi blognya, Luahan dari Otak Kecil, penggemar novel cinta boleh membaca karyanya. Komen yang diberi pembaca diterima dengan hati terbuka malah itu yang paling disukainya."
Hasil karya pertamanya, Aku Bukan Mistress, keluaran sebuah syarikat penerbitan novel kreatif berbahasa Melayu, Kaki Novel, tidak disangka menjadi antara novel cinta paling laris di pasaran.
“Niat saya hanya untuk mencuba walaupun bidang penulisan novel ini sudah lama saya lakukan terutama ketika sedang menuntut di sekolah menengah. “Tidak terlintas langsung karya sulung saya boleh berjaya menambat hati pencinta novel cinta,” 
Bertugas sebagai Eksekutif Akaun Scomi Group Berhad, dia bakal keluar dengan nukilan terbaru berjudul Maaf Jika Aku Tidak Sempurna, April depan.

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.