apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.12.11

Wang RM500: Boleh isi borang mulai 10.12.11


Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.



Wah, RM500 tu. Nak? Dulu bolehlah dapat sekeping macam tu. Sekarang tak ada dah... Tapi kalau dengan not ungu... boleh dapat 5... Bila? Nak ceritalah ni!

Bagi anda yang pendapatan seiisi rumah kurang daripada RM3000, anda bakal mendapat wang sara hidup seperti yang kerajaan janji dalam pembentangan bajet 2011 lalu. Tapi, kenalah isi borang dulu. Oh ya, borang tersebut akan mula diedarkan pada 10.12.2011 dan duit dijangka akan dapat dalam bulan Januari. 

Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012. 

Borang nnya percuma saja dan boleh didapati di 
1. Jabatan Pembangunan Persekutuan, 
2. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 
3. Agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di:
1. Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, 
2. Sekolah-sekolah terpilih 
3. Pejabat-pejabat cawangan LHDN

Siapa yang layak memohon?

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ia merangkum....
Individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara. Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon



Harapnya, teluslah proses ini nanti! Jangan yang dah kaya, sibuk menyelit! Maklumlah... duit!

==========================================================

6 ulasan:

  1. salam,
    kak sofi, orang2 kampung boleh memohon tak? ibu bapa yang bekerja kampung dan menyara anak-anak mereka? tak faham sangatlah...huhuhuhu...terima kasih..

    BalasPadam
  2. kaira_syuma, boleh mintak... isi aje borang tu. borang tu akan keluar pada 10 hb ini nanti. Cepat2 pergi ambilnya (lihat di atas untuk tahu ambil di mana) dan dah siap isi hantar borang tu juga ada diatas. siapa2 saja boleh minta.... kak sofi dah highlight kan. hehe....

    BalasPadam
  3. @sofi

    terima kasih kak....nanti saya bagitahu mereka kat kampung..hihihihi..

    BalasPadam
  4. Wah, RM500 tu. Nak? Dulu bolehlah dapat sekeping macam tu. Sekarang tak ada dah... Tapi kalau dengan not ungu... boleh dapat 5... Bila? Nak ceritalah ni!

    BalasPadam
  5. Bagi anda yang pendapatan seiisi rumah kurang daripada RM3000, anda bakal mendapat wang sara hidup seperti yang kerajaan janji dalam pembentangan bajet 2011 lalu. Tapi, kenalah isi borang dulu. Oh ya, borang tersebut akan mula diedarkan pada 10.12.2011 dan duit dijangka akan dapat dalam bulan Januari

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.