Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Bila tengok pada bilangan komen, wow, ada 5214 semuanya. Banyak tuh! Bukanlah aku hendak berbangga.. tak! Ada banya...

Utusanku kepadamu, Anonymous!

By Disember 04, 2011


Assalamualaikum.....

Bila tengok pada bilangan komen, wow, ada 5214 semuanya. Banyak tuh! Bukanlah aku hendak berbangga.. tak! Ada banyak blog lain lagi banyak komen yang blog tu dapat. 

So, aku nak cakap apa sebenarnya? Senyum...

Nak sentuh tentang mereka yang bergelar mr/mrs Anon. Anonymous. Tahu tak, hampir separuh daripada yang mengomen, komen menggunakan anonymous. Kenapa, ya? 

Bukan tak suka, janganlah salah sangka, ya! Setakat ini, alhamdulillah, walaupun mendapat banyak komen dari 'unknown people', apa yang anda luahkan, komen2 tu semua penuh semangat, dan difahami dengan mudah. 

Kalau ada yang kutuk2 pun, malah ada yang marah-marah, aku okey aje. 

Adatlah. Kadang2, kita menulis dan tidak sedar bahawa penulisan itu mengguris hati orang lain. Jadi, kalau aku rasa yang aku sudah mengguriskan hati sesiapa melalui komen yang aku terima, pasti aku akan meminta maaf. No hard feelings!

Jangan takut nak komen aku. Jangan takut nak kutuk. Kadang-kadang, bila kita masukkan entri, dan yang diterima hanya pujian, maaf cakap, kita akan rasa biasa sahaja.(Bukan riak ni, hanya luahan, k!) Tapi, once ada yang cuit hati dan bagi aku berfikir dengan komen yang diberi, maka aku amat berterima kasih. Lebih berterima kasih kalau dia ada nama. Aku rasa dekat dengan pengomen yang mempunyai nama. Hehe... 

Aku kecewa kalau aku dapat komen yang membina tetapi bila aku hendak berterima kasih dengannya, aku tak tahu aku mengucapkan terima kasih itu kepada siapa. Come on! Kita kan... kawan? Ambillah sedikit masa menuliskan nama anda. Atau kalau susah bebenor, tulis aje..Bedah ke, Ali ke... boleh, kan? 

Takut sebenarnya nak masukkan entri ini. Takut bukan dapat komen, malah tak ada yang nak komen. Baru betul! Hmm....

TYL 25 dan MC? 25 akan kumasukkan dalam dua atau tiga hari lagi. Harap bersabar, ya! 

Terima kasih kepada pengomen2 tegar blog aku ini seperti misnza84, epy elina, seed169, hani, korro sufian, itu_aku, may lin, akira bita, hani, hajar, kak iDA, ad_dEen, kak nora dan banyak lagi nama yang lain. tak tulis bukan bermakna dilupakan, okey! Senyum lagi!

Jadi, salam kenal...Mr/Mrs Anonymous....

================================

You Might Also Like

2 comments

  1. salam,

    kak sofi, saya suka baca info dr blog kak sofi, hari2 sy jenguk, tapi, kalau bab nak komen tu, saya ni mmg kurang la...apa2 pun, saya sentiasa sokong kak sofi...hehehhee...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.