apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.12.11

Usik-usik fasal borang BR1Malaysia..


Assalamualaikum.....

Dengarnya, ada yang takut nak isi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia berjumlah RM500 itu. Sebab biasalah kan, pada waktu sebegini, saat orang ramai berpusu-pusu nak ambil borang, adalah 'jurucakap' kerajaan yang tidak bertauliah. Yang tanya macam-macam. Sudahnya, 'dia' tu jatuh hukum...
"Hisy, awak ni tak layak dapat! Gaji ribu-riban ni!"
Orang keliling tengok. Ada yang juih mulut. Kerana malu, terus anda balik ke rumah! 

Eh, ada tak keadaan begini terjadi?

Pada aku, biarpun gaji anda banyak tapi kalau 'income tax dilepaskan', kerana anda yang menyara keluarga yang ramai di rumah, tidak salah mencuba mengisi borang tu, kan? Baca ayat di bawah ini: Aku dapat daripada kosmo....
Setiap permohonan akan diperiksa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi untuk bayaran pada pertengahan bulan depan.
- Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Jadi, kalau anda rasa anda layak, pedulikanlah apa orang cakap. pedulikanlah sindiran-sindiran sinis di sekeliling anda. Kalau nak ikut, di Hutan Melintang ni, taukeh-taukeh Cina ramai yang kaya raya. Tapi, sebab mereka bekerja sendiri, depa mintak jugak. Okey aje...

Masalahnya orang Melayu kita ni, benda macam inipun nak PhD. Teruk betul!

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.