apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.12.11

Untuk askar pencen


Assalamualaikum... 

Ada berita baik untuk semua askar pencen terutama yang dulu berada dalam bidang kejuruteraan. Ini merupakan galakan daripada  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. 

Kalau anda ialah Pesara tentera Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam industri pertahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan digalak menyertai projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, Tanjung Malim Perak yang dijangka dimulakan dalam suku pertama tahun depan.

Mengapa?

Sebab projek ini membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Kawan2,

Industri pertahanan akan menjadi cabang ekonomi bentuk baru terutamanya dalam industri pembuatan yang bakal menjadi popular di negara ini dan peringkat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini.
"Perkembangan bidang industri terbaru ini pasti akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan dan pesara tentera terutamanya yang tinggal di sekitar Tanjung Malim. Limpahan industri ini turut akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi bandar berdekatan termasuk Bandar Proton di Tapah, Cameron Highlands dan Kampar apabila projek berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang," 
- BERNAMA

Askar2 pencen! Apa tunggu lagi tu? Masuk gear cepat! Hehe...

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.