apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.12.11

Tolong jangan undur jika sudah terlepas susur keluar





Assalamualaikum..... 

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda terlepas susur keluar untuk pergi ke destinasi anda? Apakah yang anda buat bila dah macam tu? 

Hmm, kebanyakan kita marahkan diri sebab lalai, kan? Atau, kalau suami yang drive, mesti mengamuk pada isteri di sebelah dan cakap macam2 pada isteri. Tak alertlah, tak boleh diharaplah! Kan?

Taoi, tolonglah! Tolong jangan undur jika sudah terlepas susur keluar, ya! Sebab itu sangat-sangat membahayakan diri seperti yang terjadi di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.

Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah.
 
Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.

SESAK...kontena dibawa treler  terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, semalam.
Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.

Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.

Malang tidak berbau tapi kalau dah buat macam tu...mengundurkan kereta akibat kesilapan sendiri... itu nasib baik tidak banyak nyawa terkorban. Kalaulah ada kereta lain menjadi mangsa, macam mana?

Fikirkanlah!

================================

2 ulasan:

  1. erk..
    die berundur x tgk keadaan ke???
    haiyaaaa..
    kalau x selamat x yah la men undur2...

    BalasPadam
  2. hana, ntahlaa.. dah ajal dia gitu...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.