Langkau ke kandungan utama

TMKH: bertengkar masa bercinta.. biasalah, kan?


1

Maria tersentak bila secara tiba-tiba, tangan kiri lelaki itu sudah melingkari pinggangnya. Dia benar-benar terkejut.

“Eh, awak ni? Melampau betul! Yang tak pasal-pasal awak peluk pinggang saya ni, kenapa?” marah Maria. Matanya dijegilkan. Tangannya yang sedang memaut lengan lelaki itu sejak tadi, serta-merta dilepaskan. Bagaikan terkena renjatan elektrik.

Hisyam menjongketkan kening. Senyuman sinis terukir di bibir.

Eii... perempuan ni. Yang dia peluk aku tadi, tak apa. Pegang tangan aku macam tak nak lepas-lepas tu, okey pulak. Mengada-ada betullah... 

“Tadi awak jugak yang suruh saya jadi kekasih awak... Cuba awak tengok tu...” ujar Hisyam sambil mulut dijuihkan ke kawasan persekitaran. Kepada pasangan-pasangan yang nampaknya tidak segan-silu berpeluk-pelukan di khalayak ramai. 

“Kita kena buat macam gitu jugak.” Hisyam mengusik.

“Itu dia orang, bukan saya,” balas Maria tegas.

Hisyam sengaja mengerutkan dahi. “Habis nak terus berlakon ke tidak ni?” Wajah serba salah Maria ditatap tajam.

Maria diam tidak berkutik.

“Saudari, saya ada hal ni. Kalau awak dah tukar fikiran, tak apa. Saya...”

Maria tergamam bila Hisyam ingin melangkah pergi. Sambil itu, dia menoleh pula ke belakang. Satu keluhan kedengaran. Irwan masih di situ, masih setia menjadi pemerhati.

Masih ingat pada mereka? Dialog kat atas tu membuahkan rasa cinta Hisyam kepada Maria. Masa tu, Maria tak rasa apa-apa lagi...hehe...
....................

2

“Kenapa diam? Tak benar ke apa yang saya cakap ni? Awak ni perempuan murah. Perempuan yang tak ada maruah. Saya setuju dengan Irwan. Perempuan macam awak ni memang sanggup lakukan apa saja asalkan awak boleh bersama dengan kami. Dengan orang kaya. Mujur Irwan beritahu apa niat awak sebenarnya. Kalau tidak, tentu sampai hari ini pun saya masih tertipu.” 

Maria menarik nafas dalam-dalam. Penghinaan demi penghinaan menujah telinga. Dia tidak sanggup mendengar lagi. Cukup! Hatinya sudah terhiris. Dia ingin pergi dari situ. Tapi… 

“Irwan! Kerana Irwan, selama tiga bulan awak buang saya jauh-jauh dari hati awak? Kerana Irwan, awak langsung tak jawab panggilan telefon saya? Tak balas mesej saya? Apa sebenarnya yang berlaku, Syam? Apa Irwan cakap sehingga awak buat saya macam orang bodoh? Sehari sebelum tu, beria-ia awak nak kahwin dengan saya, tapi tiba-tiba esoknya awak terus tinggalkan saya tanpa khabar berita. Awak buat saya macam saya ni tak ada maruah. Awak buang saya macam saya ni sampah,” ujar Maria lemah. 

Hisyam menjegilkan matanya. “Silap tu! Bukan kerana dia saya tinggalkan awak!” jerkah Hisyam. 

“Oh, jadi ada alasan lain, ya? Cakaplah sekarang. Cakap terus terang supaya saya boleh tahu apa sebabnya awak buat saya macam tu,” pinta Maria. 

“Huh, apa perlunya saya beritahu? Awak dan perbuatan awak pada saya dah cukup menyakitkan hati, tahu tak?” 

“Apa yang awak nak beritahu saya, Syam? Bahawa awak tinggalkan saya kerana kesilapan saya, macam tu?” Maria jelas keliru. 

“Habis tu? Takkan silap saya pulak, kut...” 

“Jangan cakap berbelit-belit, Encik Hisyam. Berterus teranglah! Apa salah saya? Apa yang saya dah buat sampai begini sekali awak buat saya? Benci saya?” 

“Pelik betul perangai awak ni. Salah sendiri pun tak tahu? Kenapa, Maria? Perlu ke saya beritahu awak apa yang saya nampak?” 

“Apa yang awak nampak?” 

“Awak dengan lelaki tu! Mat motor yang awak peluk rapat tu. Hari yang saya ajak awak keluar sama dan awak kata awak ada hal penting. Tapi, apa yang penting sangat? Mat motor tu? Dia lebih penting daripada saya? Daripada perkahwinan kita? Saya betul-betul tak sangka, Maria. Saya benar-benar ingat awak ni perempuan baik, tapi perangai awak kalahkan minah rempit. Dengan saya bukan main alim, tapi bila dengan jantan tu...”

Saat cemburu menguasai hati, lidah menghamburkan kata-kata pedih, penuh penghinaan. Betapa hancur sekeping hati bila menerima kutukan demi kutukan. Punahkah cinta? Hilangkah kasih? 

...............................

Hehe... waktu menulis novel yang lain pun aku masih ingin mengulang baca TMKH. Entah  kenapa, dua watak ini, Hisyam dan Maria terlalu dekat dengan jiwa. hmm.....

 










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…