apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.12.11

Tak rugi mengandung, tau....


Assalamualaikum..... 

Bernikah dan berkahwin adalah kerana kita mahu menjadi umat Nabi SAW yang dalam sabdanya pernah berkata bahawa bukan umatnya jika tidak mahu berkahwin, tak gitu?

Perkara yag paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri ialah ketika menanti saat dan ketika isteri mengandung. Memang, memang manis memandang wajah suami, kali pertama doktor memberitahu bahawa isteri sudah berbadan dua. Agaknya masa tu dalam hati dia cakap..."Power jugak aku ni!" hehe...

Wahai isteri...

Bila anda mengandung, melahirkan anak dan kemudian menyusukan anak anda itu, anda sudah mendapat banyak keistimewaan. Daripada siapa? Daripada Yang Maha Esa! Daripada ALLAH SWT. 

Apakah keistimewaan-keistimewaan itu? Tengok ni!
1. Apabila seorang wanita mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

2. Dua rakaat solat seorang wanita yang mengandung adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil

3. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah

4. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji

5. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya

8. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

9. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

terima kasih kepada blog kisah wanita

Jadi, apa tunggu lagi? Jom mengandung! Ops... tak sedar diri punya sofi, hehe...

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.