apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.12.11

Tak Kendur Punya!! Huhu...

Assalamualaikum...

Kata Mohd Nor Idris dalam status FBnya, 



Apakah tanggungjawab ibu selepas melahirkan bayinya? 

Jawapan:
Tanggungjawab utama ialah menyusukan bayi tersebut dengan susu badan. 
ini berdasarkan firman Allah SWT: 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
- Surah al - Baqarah, ayat 233

Ayat ini berbentuk perintah atau suruhan, bererti menjadi perintah agama untuk para ibu menyusukan bayi mereka.

Mengapa kita perlu menyusukan anak kita?

Jawapan ini aku bagi kredit kepada blog kebaikan menyusukan anak. Ada 12 semuanya...

1) Susu ibu lebih mudah dihadamkan.

2) Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia. Tak ada melamin ke hapa..

3) Susu ibu menjimatkan kos & masa. Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, selak jer baju, susu dah tersedia.. heheheh

4) Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara. Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002). So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda

5) Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam susu ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus. Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).

6) Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!

7) Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.

8) Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu! Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari! Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol. 

9) Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!

10) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi. Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini

11) Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus. Penyakit ini sangat kronik. Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus. Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.

12) Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

Jadi setiap suruhan ALLAH itu ada hikmahnya. Kepada para isteri, lakukanlah! Jangan percaya cakap orang bahawa payudara akan kendur kalau anak anda menyusu badan. Bohong aje tu! Kalau anda menyusukan bayi anda dengan teknik yang betul, tak adanya nak kendur segala. Lagipun, anda akan juga mengeratkan hubungan di antara anda dengan anak kesayangan anda itu nanti....


 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.