Langkau ke kandungan utama

Sunatkan, kang! Baru tahu!


Assalamualaikum..... 


Haha... tengok gambar hiasan di sebelah. Masa ni masing-masing gelak. Tunggu kejap lagi! 

Memang meriah setiap kali majlis berkhatan hendak diadakan di sesebuah kampung. Mungkin ini satu cara untuk menenangkan hati anak-anak yang tidak lama lagi akan mengalami kesakitan.

Mengapakah berkhatan itu perlu?

Apa yang anda jawab bila anak lelaki anda bertanyakan soalan ini? Takkanlah nak cakap... 
"Semua oraang bersunat, jadi anak mak pun kena sunat jugak!" 
Tak pro lah jawab macam tu di zaman sekarang ni! Jadi, sebagai ibu dan bapa anda mesti bersedia memberikan alasan-alasan tentang mengapa perkara ini perlu dilakukan oleh anak-anak lelaki, muslim (tak muslim pun digalakkan juga, kan?).

Berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' maksudnya potong. Kadang-kadang  kita sebut bersunat. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. 

Walau bagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dalam kalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. 

Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. 

Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Kalau tak dapat masa tu, buatlah masa anak anda umurnya mencapai 7 tahun, iaitu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.


Kita masuk sikit ke bahagian yang agak sensitif..


Amalan berkhatan di kalangan kanak-kanak lelaki mempunyai kebaikan yang diakui pakar kesihatan. Kenapa? Sebab berkhatan melibatkan pemotongan hujung kulit kulup zakar atau kulit yang menutup bahagian penghujung zakar.

Dengan berkhatan, zakar akan terhindar daripada terkumpulnya kotoran dan mengelak timbulnya bau yang tidak menyenangkan. Tempat itu mudah menjadi tempat pembiakan dan merebaknya penyakit berkaitan seks seperti siplis, gonorhea dan Aids. 

Berkhatan juga dipercayai dapat mengurangkan risiko lelaki mengidap penyakit kanser zakar. Bahkan, lelaki berkhatan juga mengurangkan kemungkinan pasangan perempuan daripada menghadapi masalah salur reproduktif seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim. 

Lebih penting lagi ialah, lelaki berkhatan juga lebih memberi kepuasan kepada perempuan semasa melakukan hubungan seks. Hmm...


Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail:
“Kajian sains perubatan sendiri mengesahkan berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV dan menjadikan kemaluan seseorang lebih bersih."
Dalam hadis riwayat Muslim, hukum berkhatan bermula bermaksud: 
“Lima perkara fitrah yang perlu dilakukan iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai." 
Namun, hadis itu tidak memberi pengkhususan sama ada untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, jelas sekali, semua peraturan yang ditetapkan dalam Islam memberi kebaikan. Tidak benar jika dikatakan amalan itu satu bentuk penyeksaan. Ada pihak menakut-nakutkan orang bukan Islam agar tidak memeluk Islam dengan alasan penderitaan yang terpaksa ditanggung semasa berkhatan.

Penghargaan kepada:

================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…