Shamsulbahrin Ismail... jom ketahui tentang dia!

Assalamualaikum... 

Kalau anda seorang blogger, anda tentu nak tulis sesuatu di blog yang merupakan trend terkini blogger2 lain juga. Maksudnya, anda pasti mahu menyaingi isi dan  apa yang disampaikan oleh blogger lain. 

Misalnya, untuk hari ini, nama lelaki dalam gambar di sebelah adalah niche yang berada di kedudukan nombor satu dalam yahoo search. Kalau anda mahu orang datang ramai ke blog anda, maka menulis tentang lelaki bernama Datuk Shamsulbahrin Ismail, insyaALLAH, akan berjaya menarik perhatian ramai blogger ke laman sesawang milik anda. 

Siapakah lelaki ini? Siapakah Datuk Shamsulbahrin Ismail? Dialah lelaki yang didakwa Atas Dua Pertuduhan Menipu Pengerusi NFC, suami si Shahrizat Jalil tu. Baru pertuduhan.. jadi kita baca ajelah.. jangan menghukum atau naik hantu, k!


KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail didakwa pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrian yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shamsubahrin Ismail Resouces Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang Jumaat.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsulbahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Shamsulbahrin dipercayai memperdaya Mohamad Salleh untuk membayar perkhidmatannya di sebuah restoran di Bukit Tunku pada pukul 6 petang, 20 November lalu.

Beliau ditahan pada 21 Disember apabila dia didakwa cuba menyogok beberapa pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC dengan wang berjumlah kira-kira RM1.7 juta bagi mengelak daripada ditahan.

Dia masih lagi ditahan reman sehingga dibicarakan di Mahkamah pada Jumaat.

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga isteri kepada Mohamad Salleh untuk mengetahui sama ada beliau terlibat memberikan pinjaman itu kepada NFC.
.......................

Orang banyak duit ni, kena tuduh macam tu pun boleh senyum lagi, kan? Hmm...


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen