Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

  Assalamualaikum... Sekarang ni macam dah jadi trend yang orang2 muda kita hanya akan kahwin bila kerjaya mereka dah stabil dan kukuh. Se...

Seronok ke kahwin muda-muda ni?

By Disember 26, 2011 ,

 

Assalamualaikum...

Sekarang ni macam dah jadi trend yang orang2 muda kita hanya akan kahwin bila kerjaya mereka dah stabil dan kukuh. Selalunya kita dengar, si lelaki mencapai umur lebih 30an dan si perempuan pula pada lewat dua puluhan. Dah tak macam dulu dah!

Dua, tiga puluh tahun dahulu, masuk 25 aje, mak pak dah bising. Dok sibuk nak carikan suami kepada anak gadisnya. Takut benar anak dara mereka dipanggil andartu. Takut benar anak dara mereka tak laku. 

Zaman berubah dan kini orang dah tak kisah dah. Andartu ke, andalusia ke... asalkan bahagia, iya tak?

Begitupun, ada juga yang teringin sangat nak kahwin biarpun pada usia yang masih terlalu muda. Alasannya mudah! Takut terjerumus! Perkahwinan dapat mengelakkan maksiat.....

Ada yang berjaya menjaga rumah tangga yang dibina sehingga anak dah besar-besar. Tapi, ramai juga yang kecundang kerana godaan di zaman serba canggih ini amat besar. Bagi yang berjaya menepis godaan-godaan luar dan sentiasa setia kepada suami / isteri, alhamdulillah... anda memang hebat!

Salah satu pasangan tersebut meskipun masih sangat2 muda...suami baru 22 tahun dan isteri 19 tahun, dapat anda baca kisah mereka di sini. Aku ringkaskan okey!

Arif (bukan nama sebenar) dan Anita (juga bukan nama sebenar) bernikah atas dasar cinta sama cinta. Pada mulanya pernikahan mereka ditentang keluarga kerana usia yang teramat muda tetapi kerana tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingini, mereka akhirnya dinikahkan.
"Saya berusia 22 tahun dan isteri Anita (bukan nama sebenar), 19 tahun. Kami bercinta sejak di tingkatan satu. Hubungan kami diketahui keluarga sejak awal perkenalan. Walaupun mereka membantah kami tidak peduli."
Bercinta semasa masih sekolah? Maka pelajaran pun terabailah! Keputusan SPM pun cukup makan ajelah...Dengan kelulusan sebegitu, Arif dapat jadi jurujual dan Anita bekerja di salon.

MUla-mula duduk dengan ibu bapa Arif. Dapatlah jimat sikit. Pergi kerja naik motor. Alah, biasalah... mula2 tahanlah. Lama2. Isteri berubah sikap. Maki hamun, herdik suami depan mentua. Akhirnya pindah dan duduk asing. Ingat Anita makin baik tapi malangnya, perangai dia makin teruk. 

Biasalah... dalam rumah tangga ni, kadang2 dapat laki baik, bini macam hantu. Kadang2 bini baik, laki jadi setan, kan? Dalam kes ni, bininyer yang lain macam sikit!
"Satu hari kami bertengkar, saya hilang sabar apabila Anita minta dia dilepaskan dengan alasan tidak sanggup lagi hidup bersama saya. Dia mahu bebas kerana mahu bersama kawan-kawannya yang belum berkahwin. Saya amat terkejut dengan permintaannya tetapi masih boleh mengawal perasaan. Saya beritahu ibu bapa saya dan mentua akan tindakan Anita. Saya jelaskan segala-galanya kepada mereka. Tentang selama ini Anita tidak hormatkan saya, tidak mendengar kata saya dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada saya."
Arif ni matang pemikirannya meskipun umur dah 22 tahun, betul tak? Nak tahu apa jadi lagi? Bukak je laman ini.

Selamat membaca!


Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.