Langkau ke kandungan utama

Semuanya bernilai juta-juta. Fullamak!

Assalamualaikum.....

Sekarang, semuanya bernilai juta-juta... baju, majlis, semua-semualah....

DSC06369 GAMBAR PERKAHWINAN RESEPSI NORMAN HAKIM MEMEY

Yang ini, lagilah! RM 15 juta, beb! Tapi si suaminya tu hak orang. Kerana nak berahsia sangat, Musa Hassan jadi mangsa. Kesian! Sudahnya, Datuk Jalaludin Hassan merayu pada suami ini supaya tampilkan diri. Yalah... berani kahwin dua, beranilah tunjuk muka tu dan mengaku, Betul tak?

vhNYc JALALUDDIN HASSAN MINTA SUAMI SYELLA KAMARUDDIN TAMPIL

Lepas ni, satu lagi majlis resepsi mewah akan berlangsung. Siapa punya? Tadaa....
.
Atas nama A Dream Rafflesia Pearl Wedding, majlis resepsi serta busana persalinan penyanyi Hai Hai Bye Bye bersama Adam, ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan Lord's Taylor. Bakal berlangsung pada 11 Januari depan, Ezlynn dan Adam memilih konsep Mediterranean untuk majlis resepsi yang akan diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Mutiara Crowne Plaza, Kuala Lumpur, ini. 

Dengan tema 'Sepanyol Musim Luruh', ni dia senarainya:
1. Gaun pertama, merupakan gaun Rafflesia dengan padanan warna champange yellow (ala krim keemasan), yang bertakhtakan mutiara putih laut selatan (white south sea) yang bernilai diantara RM400 ke RM 500 ribu. 
2. Set barang kemas termasuklah anting-anting, rantai dan cincin yang bernilai RM3.8 juta.
3. Banyak lagi tapi malaslah... cuma anggaran tajaan ialah RM12 juta. Wow!!

Untung jadi artis! Kahwin pun ditaja, kan? Hai, makin ramailah budak perempuan yang hendak jadi artis ni nanti! Dunia! Dunia!

Kita hayatilah ayat al-Quran ini. Surah al-Furqan: ayat 64 maksudnya: 
"Dan orang-orang yang apabila mereka membelanjakan harta mereka mereka tidak membazir, dan tidak pula kikir. Dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah yang demikian". 
Dalam Surah Al-Israk: ayat 26-27, ALLAH berfirman, maksudnya, 
"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (harta mu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya".
Seperti biasa, bukan nak tunjuk pandai ke apa... sekadar saling ingat mengingati!

================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…