Langkau ke kandungan utama

Selamat datang, Rayyan...

Assalamualaikum.....
Geofrey Perrin Williams
Jufri Rayyan Williams
Rita Rudaini
Kali pertama melihat Geofrey Perrin Williams berlakon ialah dalam drama bertajuk JANGAN BUNUH MATAHARIKU di TV2. Waktu tu aku kagum dengan dia yang fasih berbahasa Melayu. Lepas tu, waktu heboh nak adaptasi novel Adam dan Hawa, aku pun terfikir... Kalau Geofrey ni jadi Adam, wow! Hehe.. gatai jap!

Tahu tak? Hidayah ALLAH itu ada di mana2? Alhamdulillah, ALLAH telah memberikan hidayah kepada lelaki tampan ini. 
Rayyan melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang pada minggu lalu.

Jom kenali Geofrey

Dia ialah pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams. Kini dia lebih mesra dipanggil Rayyan dari nama Islamnya, Jufri Rayyan Williams. Umurnya 27 tahun.

Rayyan pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Menurut Rayyan, tanggungjawabnya lebih besar sekarang memandangkan banyak perkara yang perlu diambil berat agar semua perkara yang dilakukan diterima oleh Allah.
“Saya sudah buka pintu yang tak pernah buka sebelum ini. Sebaik saya melangkah sekaki ke depan, saya rasa seperti sudah masuk ke dunia baru. Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan merasa tenang walaupun tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini. Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadah dan membaca Al-Fatihah,” 
Rayyan bimbang kerana dia baru hanya tahu baca al fatihah tetapi ada orang yang dah Islam sejak lahir, melalui keadaan yang sama...malu tak?

Lagi...

Bagaimanapun, Rayyan tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza. Haha, sudah berpunya, okey! Jadi, jangan kacau dia! Boleh tenung saja hehe...
“Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Setiap bulan, saya perlu melapor di Jawi untuk menilai sejauh mana progresif saya mendalami Islam,” 
Jelas Rayyan, banyak perkara yang membuatkan dirinya nekad memeluk Islam.
"Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin, yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia. Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam. Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya,” 
Seronok kan, bila kita dengar pengakuan mereka? Rasa sebak dan terharu. Malu pun ada sebab diri sendiripun tidak cukup menghayati agama yang kononnya tercinta...

Rayyan bertuah kerana mempunyai ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya itu.
“Ibu saya bertanyakan kepada saya sama ada saya akan berkahwin dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya tak nak komen apa-apa lagi walaupun kami serius berkawan sejak lebih setahun lalu. Bagaimanapun, abang saya, Nordin dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini,” 
Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.

Menyentuh tentang karier seni, Rayyan masih aktif berlakon seperti biasa dan baru selesai menjalani penggambaran drama Tok Ayah dan Jangan Bunuh Matahariku musim kedua serta muncul dalam filem Azura dan filem Hong Kong, Viral Factor. Selain itu, dia akan menjalani penggambaran sekuel drama Cikgu Kemisah Kirby pada Isnin ini dan selepas itu mendapat tawaran untuk berlakon sebuah telefilem.

ehsan: bintang
================================

Ulasan

  1. subhanallah, dia dah convert ya? Alhamdulillah, bertambah lagi sorang umat Muhammad. :)

    kak, saya pun terfikirkan dia untuk watak Adam Mukhriz tu. hehe.

    BalasPadam
  2. Hajar, ya rezeki dia dalam islam, alhamdulillah... dan hajar.. kita serupa la.. hehe tp kan dengarnya, shah jaszle jd adam.. hmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…