apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.12.11

Salah naik bas!

Kadang-kadang, beginilah kita. Bila orang tegur, kita tak faham tujuan tegurannya itu...

Fahami cerita pendek di bawah:-

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk menaiki bas dan duduk di sebelah seorang perempuan tua. Perempuan tua itu memandangnya dari atas ke bawah, lalu dia berkata...
"Kamu tahu tak? Kamu akan ke neraka!"
Si lelaki itu terkejut, lantas dia terus bangun dan menekan loceng bas sambil dia menjerit kepada pemandu bas.....
"Berhenti!! Saya salah naik bas ni! Berhenti!!!"
Anda dapat tak mesej cerita ini? Kalau dapat, alhamdulillah!!

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.