Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum.....  Semua orang tahu, Sabah terlalu dekat dengan Filipina. Dan semalam, Filipina dilanda musibah. Angka kematian akibat...

Ribut Washi... orang Sabah berhati-hatilah, ya!

By Disember 18, 2011

Assalamualaikum..... 


Semua orang tahu, Sabah terlalu dekat dengan Filipina. Dan semalam, Filipina dilanda musibah. Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.


Ribut tropika Washi kini dilaporkan bergerak melalui Laut Sulu menuju ke pantai barat Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam amaran ribut tropika yang dikeluarkan pukul 9 malam tadi menjelaskan, keadaan itu boleh menyebabkan ribut petir, laut bergelora dan angin kencang di perairan pantai barat Sabah, Kudat dan Sandakan.


Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Kosmo! Ahad malam tadi bagaimanapun memberitahu, Malaysia dijangka tidak menghadapi ancaman langsung bencana itu.

Katanya, ini kerana wujud laluan angin kira-kira 528 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, petang semalam yang mengalihkan pergerakan Washi.

"Walaupun tidak akan kesan langsung, kami tetap mengeluarkan amaran laut bergelora dan angin kencang dengan kelajuan 26 kilometer sejam," katanya.

p/s: semoga semuanya selamat!

================================

You Might Also Like

2 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.