apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.12.11

Proton Saga FLX SE 1.6 untuk Orang Muda

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Proton lancar Saga FLX SE 

Saga FLX SE direka untuk generasi muda.  Saga FLX SE ialah kenderaan mampu milik dan  Saga FLX SE menawarkan prestasi mantap pada harga RM49,449 seunit. Saga FLX SE menggunakan enjin Campro IAFM 1.6 liter dilengkapi transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) automatik yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Senarai Harga Proton Saga FLX SE 1.6

             Pen M’sia       East M’sia         Labuan     Langkawi
Solid        49,449         52,049              47,449      47,349
Metallic    49,899         52,499              47,899      47,799

Warna....tengok ni!
merah ang ang... hehe

nampak teguh...

untuk generasi muda...

Orang ramai boleh melihat model baharu ini di semua bilik pameran Proton hari ini. 

Oh ya, Saga FLX SE berharga RM2,900 lebih tinggi berbanding model sedia ada, Saga FLX SE yang mempunyai perbezaan lapan ciri dalaman dan tiga ciri luaran berbanding Saga FL 1.6L Saga automatik FL. Dan, Saga FLX SE menawarkan waranti sehingga tiga tahun atau 100,000 kilometer (Km) yang mana dahulu.

Ni yang best:
Mana-mana pembeli yang sedang menantikan tempahan model Saga dibenarkan menukar tempahan tersebut kepada Saga FLX SE dengan hadir ke bilik pameran di mana tempahan dilakukan.
==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.