apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.12.11

Petronas, kasihani mereka!


Assalamualaikum..... 

Susulan kepada berita tentang ariff semalam (rujuk sini), kita tentu sahaja dapat menyelami perasaan ibubapa juga kaum keluarga lelaki ini. Harapan kita, agar mereka bersabar dan sentiasa berdoa kepada ALLAH untuk kebaikan. Secara peribadi, aku memang turut sedih tentunya. 

Bila timbul kekecohan ini, aku hairan dengan sikap PETRONAS! Mengapakah dalam keadaan hati ibu dan ayah sedang berduka, terus sahaja PETRONAS cakap bahawa sebagai penjamin, ayah dan ibu malang ini mesti bayar hutang anak mereka itu sebanyak RM890 ribu. 

Wahai Orang kuat PETRONAS! 
Anda ada otak ke tidak? Di mana rasa simpati dan empati anda? Siapakah yang berhutang? Siapakah yang melanggar perjanjian?

Kalau kita balik kepada dosa dan pahala... Apakah emak bapak menanggung dosa anak yang sudah dewasa dan sudah akil baligh? Tentu jawapannya tidak, bukan? 

Penanggungan hutang ini memang selalu membebankan penjamin. Aku rasa di Malaysia ni memang tak adil kepada penjamin. Aku sendiri sudah mengalaminya. Menjadi penjamin kepada seorang pegawai sebuah syarikat. Bila dia tidak dapat dihubungi oleh pihak bank, aku sebagai penjamin disuruh bayar. Aku akur sambil mencari lelaki itu. Bila kami temuinya, dan beritahu bank, mereka cakap... Kami tak cari penghutang dah sebab penjamin dah janji nak bayar! Pergh... mudah, kan? Malang sungguh menjadi seorang penjamin!

Berbalik kisah tentang akibat perbuatan anak itu tadi...

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh menyarankan agar Petronas tidak mengambil tindakan saman terhadap ibu bapa bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) yang dilaporkan hilang, Ariff Alfian Rosli, 28, kerana gagal melunaskan hutang pengajiannya.

Sebaliknya, menurut beliau, tindakan itu perlu dikenakan terhadap Ariff sahaja kerana beliau telah mempunyai kehidupan sendiri dan berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland seperti dilaporkan pihak kedutaan.
"Diharapkan Petronas dapat mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga Ariff bagi menuntut wang pengajian berjumlah lebih RM890,000 daripada mereka sebagai penjamin pertama. Kita akan membincangkan perkara ini bersama Petronas sekembalinya dari United Kingdom (UK) selepas bertemu Ariff nanti," 
Bekas pelajar tajaan Petronas yang dilaporkan hilang oleh keluarganya itu disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam. Menurut Ramli, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran Ariff di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

jika nak bacaa lagi, masuk aje sini
================================

8 ulasan:

  1. Salam kak sofi, apa kaitan gambar ngan cerita..?..sekali pandang sebelum baca mcm arif ada kaitan ngan gambar

    BalasPadam
  2. alamak kak, saya tersilap la..tak baca entry sebelumnya..sory kak sofi

    BalasPadam
  3. kesiannya parents dia..sudahlah sekarang dalam keadaan sedih...tambahan pula terpaksa tanggung hutang anak.

    BalasPadam
  4. kita sama-sama nantikan kesudahan kes ini...

    BalasPadam
  5. kita sama-sama nantikan kesudahan kes ini...kasihan pada orang tuanya

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.