apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.12.11

Perkara-perkara yang Cuepacs Ragu2 dalam SBPA


Assalamualaikum..... 

Mungkin ada di antara anda yang sudah sign borang untuk menerima SBPA, kan? Tak apalah, itu pilihan anda. Tapi tahukah anda bahawa Cuepacs masih tidak berpuas hati dengan SBPA itu sendiri. Apakah perkara-perkara itu?

1. Exit Policy

desakan akan dibuat agar dibatalkan pelaksanaan Exit Policy (rujuk pekeliling dalam link ini) 

2. Pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus 

Cuepacs mahukan penjelasan yang lebih lagi untuk perkara ini.  

3. Tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara Cuepacs dan JPA

Yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah. 

Apa kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman?
“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan. Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,”
"Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya. 

Semalam, pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, Kangar, 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwa kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.

================================

2 ulasan:

  1. kak sofi, KPM dh keluarkan pemberitahuan utk isi borang SBPA secara online... blh rujuk laman web KPM...guna kata laluan HRMIS...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.