apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.12.11

Penulis pun tak puas hati.. macam mana dengan peminat novelnya?


Assalamualaikum..... 

Semalam kan Grand Opening Ombak Rindu? Dengarnya, ramai rakan penulis yang pergi tengok. Dan, dah macam-macam komen aku baca. Aku senyum saja. Dah tua2 ni, download dan tengok ramai2, anak beranak, di rumah sudah..hehe

Okey, ini sinopsis ops, blurp, di belakang novel. 

Sinopsis : OMBAK RINDU 
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9

Dan ini luahan hati Fauziah Ashaari sendiri yang aku petik di sini
"Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan hasil filem ini. Memang sukar untuk menilai dan membandingkannya dengan novel kerana apabila kita membaca, ia mengambil masa lima jam. Namun apabila ia diangkat ke layar perak, ia telah disingkatkan menjadi dua jam."
Nampak benar ketidak puasan hati beliau. Tapi ada yang komen, tanya FA nak berapa lama... Hai, korang kalau tak bertegang urat, tak boleh ke? Bukan masa itu yang jadi persoalan sangat sebenarnya. Tapi garapan cerita. Sambung baca...
"Banyak yang perlu ditegur tetapi saya terima sajalah perkara tersebut memandangkan ia telah pun siap. Sekiranya selepas ini ada pihak produksi atau penerbit ingin mengadaptasi daripada novel kepada filem, saya berharap mereka mendapatkan kerjasama penulis,"
Malah penulis ini turut menyampaikan rasa kecewanya apabila tidak dipanggil untuk turut serta sebagai penasihat atau penulis skrip bersama, sekaligus meminta pihak penerbit supaya meringankan mulut untuk mendapatkan kerjasama daripada penulis pada masa hadapan.

Ini yang membezakan penerbit filem di Malaysia dengan di luar negara. Sebab itu banyak drama Malaysia, bila diadaptasi daripada novel, pasti akan 'menyakitkan hati' dan perasaan penonton terutama peminat novel itu sendiri. 

Ambil comtoh cerita Cinta Pertama karya Norhayati Berahim sudah. Novel dia, sikit punya best ke? Carl Zhafran... siapa dia? Yang baca novel tu tentu tahu tapi siapa pelakon yang jadi Carl Zhafran? Adi Putra. Aku memang minat dia tapi untuk Carl Zhafran? Tak sesuai!

Pengarah "Ombak Rindu", si Osman Ali dan juga producer, Elly Suriati (rasanya!) seharusnya menjemput FA bersama, duduk semeja, bincang. Patut menghormati idea penulis, kerana rasa yang diserap dalam novel itu adalah rasa FA bukan rasa OA atau ES. Ada faham?

Penulis kegemaranku, Kathleen E Woodiwiss, merupakan author bestseller Historical Romance America. Semasa dia hidup, sebuah syarikat filem besar menawarkan untuk menjadikan salah satu novelnya, kalau aku tak silap, Shanna, ke layar perak. Kathleen minta skrip daripada penerbit. Selepas membacanya, dia terus menolak. Katanya...
"Anda tidak sampaikan seperti apa yang saya berikan di dalam novel!"
Aku rasa, tentang filem Ombak Rindu tu, aku tak nak komenlah sebab tak tengok, kan? Cuma, bila ada bab atas katil tu... segan rr...

Minda penggiat filem kena buka luas2. Nak tahu berapa lama James Cameron ambil masa nak buat Titanic? Lebih dua tahun. Macam-macam dia kaji. Tak percaya? Baca sini

Eh eh..apa kaitannya pulak? Titanic bukan novel! Tahu... 

Aku cuma nak beritahu yang, kalau anda buat filem atau drama tentang sesuatu yang dah femes (Jangan tak tahu, Ombak Rindu tu dah 25 kali diulang cetak, okey!), isi dan mesej, tak boleh lari walau sedikit. 

Jangan ada yang terasa...sudah!

p/s: Kagum dengan Rosyam Nor. Trilogi cinta yang diadaptasi daripada novel Syarifah Abu Salem tu memang bagus. Tapi, tengoklah siapa penulis skripnya? Sharifah Abu salem sendiri. Sebab itu cerita ni best. Kan? Kan?

================================

38 ulasan:

  1. tu la kak sofi, bila adik cakap FA nyer komen cam tuh terus kurg rasa nak tgok filem tuh..masa baru2 kuar cita yg ombak rindu nak difilemkan setahun (klu tak silap la) dulu, wahh cam best jerr
    yg pasal trilogi cinta tuh, betul betul dan betul sgt..hehhe

    BalasPadam
  2. setuju!!!!!!!!! spatutnya kalau nak wat movie dr novel, kna mnta pdpt penulis...dan ambil kira pendapat pembaca novel. pmbca novel lebih tahu pelakon mana yg mampu pegang sesuatu watak tu. ikutkan, maya karin xseswai jd izzah. bkan menafikan bakat lakonan beliau. maya karin pelakon yg hebat. tapi watak izzah bkn utk dia. grrrrr..tp nk wat camne kan? terima je lah.

    BalasPadam
  3. Faiz, tapi ada yg kata best sangat...

    BalasPadam
  4. salam kak,
    bila penulis sendiri tak puas hati rasa terbantut pulak nak tengok cerita ini..takut frust nanti...tapi mmg patut pun pendapat dari penulis perlu diambil kira jangan syok sendiri jep...oppss

    BalasPadam
  5. sebab tu saya tak minat tengok cerita yg diadaptasi dari novel. banyak menyimpang . tak best langsung !! lebih baik baca satu novel sampai 4 5 hari asal puas hati .

    BalasPadam
  6. novel ombak rindu merupakan novel yg paling sy gemari..dh berulang kali sy baca...mmg best sgt tp bla dh d buat filem cam x menarik sgt untuk d tonton...Maya Karin x sesuai jd Izzah...trus buat x der mood nk tgok..penulis sndri pn dh kecil hati...sy mmg sokong per yg FA ckp...

    BalasPadam
  7. ahaha... i setuju dgn Sofi. Klu nk adaptasi sesuatu novel itu, haruslah libatkan penulisnya dlm penulisan skrip. Ini kerana penulis lebih tahu apa yg ingin disampaikan sebenarnya. sbb dia yg mencetuskan idea ceta ni. Dr segi pemilihan pelakonnya mmg seharusnya mendapatkan pandangan penulis n pembaca novel itu sendiri. rsnya pembaca lebih tahu keserasian watak dgn pelakon yg jd pilihan. Bnyk kegagalan filem yg diadaptasikan bila karakter pelakon tak seperti yg disampaikan dlm novel. cthnya dlm ceta mnyatakan watak utama sebagai perempuan kampung tp pelik bila dlm filem. pompuan tu tlampau moden smpai pakaian pun singkat. budaya melayu tu xde dlm watak. Ini isu utama yg sy lihat dlm Lagenda Budak Setan. Tlampau high class plak khidupan dlm ceta tu. Pdhal kelas pertengahan yg cuba disampaikan poleh penulis ia sendiri sbb ceta tu berlatar belakangkan tahun 80-an. sepatutnya Fazura yg ambik alih watak Ayu bukan sebaliknya. he... tkomen skali sal LBS. Nk tunjuk gambaran sbb tak tgk lg Ombak RIndu. hehehe... :D

    BalasPadam
  8. salam...tu sbb sy xnak tgk cite yg diadaptasikan drpd novel...tp klu novel sharifah abu salim mesti best sbb dia sendiri yg pnulis skripnya...

    BalasPadam
  9. setuju sesangat ngan cikgu sofi & puteri_kebayan.
    mula2 terbaca maya karin akan membawa watak izzah & lisa surihani membawa watak mila saya rasa sungguh lah tak sesuai.
    izzah boleh dikatakan gadis yg naif & muda dr kampung, hariz juga muda dlm 24 thn tak silap saya.
    Maya pula anak datuk seorang yg moden & seorang pelakon kalau xsilap saya.
    sekuel2 citer ni pun saya dah baca.

    Kpd penulis2 novel saya harap anda semua mesti bertegas dan bersatu hati supaya orang2 ni x buat sesuka je pd karya2 anda.

    BalasPadam
  10. The Lady Chosen, bila penerbit syok sendiri... tu yg payah, hehe...

    BalasPadam
  11. ! AYIES ZAIMA !, sungguh.. baik baca novel lain kat umah, betul tu!

    BalasPadam
  12. Anonymous, itulah... tp tak di nafikan, maya pandai berlakon cuma hmm... xyah cakaplah huhu...

    BalasPadam
  13. saya pun tak berapa suka sangat bila novel ni diangkat jadi filem..x menjadi..feeling dia msti rasa lain...
    tp saya nak puji Chris Columbus yang mengangkat penulisan Harry Potter oleh J.K Rowling..
    memang terbaik bila kita baca novel then tengok pulak filem dia...mantap...
    huhu..psl ombak rindu xtau nk ckp apa..x tengok lg la..hehe

    BalasPadam
  14. IVORYGINGER, terima kasih kerana memberi respons yang panjang dan sesuai dengan jiwa kak sofi. hehe... sokong 101%

    BalasPadam
  15. Anonymous, sokong jugak! bila dia yg tulis skrip, citer bukan tulisan dia pun kita suka tengok..

    BalasPadam
  16. Anonymous, betul tu. penulis mesti bertegas... dan pertahankan novelnya!

    BalasPadam
  17. Ad_dEen, kak sofi hairan juga... knp bila kita punya novel jd lain sdgkn org luar punya filem, menjadi sungguh... Harry Potter, Star Wars... syy..nnt org marah pulak...

    BalasPadam
  18. betul tu..kira jarang tgk drama yg diadaptasi dr novel..sbb impak dia x sama mcm yang dalam novel.. and please la klau lepas ni nak buat filem adam dan hawa..kaji elok2.. x nak musnahkan imej adam mukhriz.. huhuhuhu

    BalasPadam
  19. terus tk de mood nk tgk ombak rindu.. best baca novel lg... bila tahu pelakon, mood dh hilang sebenarnya... huhuhu

    BalasPadam
  20. sy xsuka bl ad film @ drama yg d adaptasi drp nvl. sbb pe yg ad dlm nvl, kdg2 xsm dgn pe yg ad dlm film@drama,malah d ubah lg ad.sy lbh sk bc nvl smbl imagine sndri wtk2 n jln cite dlm nvl 2 :D

    BalasPadam
  21. Miss Kiraadam dan hawa... auu...saspen tunggu, kan?

    BalasPadam
  22. Salina Azni, hehe..iya ke? x tahu nk cakap apa lagi...

    BalasPadam
  23. Anonymous, mmg pun.. baca dan bayangkan apa jadi, diorg kat mana.. senyum jek sendiri...

    BalasPadam
  24. smlm da tgk ombak rindu... mmg byk yg di ubah2... lebih baik baca novel dr tgk yg adaptasi... xde kepuasan bila menonton... kepuasan menonton x sama mcm kita baca novel tu... (^_^)

    BalasPadam
  25. jauh sgt kisah dlm novel ngan filem... pelakon pun bukan tak berapa sesuai, mmg tak sesuai pun aaron aziz kira ok la , maya karin jadi izzah x kena langsung... lisa surihani ok gak la jadi mila tapi maya jadi izzah.. x reti baca ka pengarah ni .. x kaji watak dulu ka nak pilih pelakon.

    BalasPadam
  26. pelakon x sesuai langsung... cerita x serupa ngan novel... x bestla... ada babak kemban...malu

    BalasPadam
  27. produksi jepun bila nak adaptasi manga (komik) ke filem atau drama pun minta pendapat mangaka (penulis komik)..

    kan dah byk penulisan dari novel gagal diangkat oleh penerbit filem di Malaysia...mungkin betul kata FA, penulis langsung tidak diminta memberi pendapat.

    mmm...awal2 dulu masa penerbit minta izin utk adaptasi Ombak Rindu, takkan FA tak tanya apa2? penulis novel di Malaysia ni kena la cerdik sikit..

    nasib baik saya bukan penggemar filem/drama2 melayu, saya cuma suka baca novel2 Melayu..selagi mentaliti penerbitan filem/drama2 di Malaysia masih di takuk ini, jgn harap saya nak tgk filem melayu. buat sakit hati je, tambahan pula bila novel yang sangat kita gemari di 'perkosa' oleh penerbit filem...huh

    BalasPadam
  28. nim, haha, marah nampak? tapi ada yang memuji lakonan 4 pelakon utama OR. Menarik juga kalau dibaca review nya.

    BalasPadam
  29. kisah novel x sesuai d filemkan..bab2 romantik lam novel byk melibatkn kisah suami isteri...tp bila di filem kn bab2 romantik yg ditayang kn bukn suami isteri yg sebenar walau pn membawa watak suami isteri...kiter sbagai org melayu malu nk tgok...x sesuai untuk tontonan keluarga....itu pendapat sy la....

    BalasPadam
  30. Anonymous, itulah fasal. bila dalam novel, husband and wife. bila berlakon, pelakonnya tu bukan husband n wife. payah, kan? hehe... x tau dah nak tulis apa lg..

    BalasPadam
  31. memng novel yg diadaptasi ke filem sentiasa tak dpt feel cam baca novel...better baca novel baru paham jln citer nya......dpt menjiwai sepenuhnya watak2 tersebut...dan saya langsung tk ada hati nk tgk filem 'OR' pas baca komen2 di atas....

    BalasPadam
  32. Saya sgt setuju dengan ulasan diatas... saya sendiri sbg seorang peminat novel OR sgt3 kecewa dgn filem syok sendiri macam ni... kita ramai2 dtg tgk movie ni sbb minat sgt dgn hasil karya FA..tapi apa yg pegarah filem karat ni dah buat? macam sampah dibuatnya filem ni..Mungkin diorang tgh tersenyum..ooh filem aku laku..aku untung besar.. tp diorang kena berpijak dibumi yg nyata bahawa peminat2 setia novel ini tgh bengang dan tidak berpuas hati...saya rasa kak FA pun begitu..Kak FA we love U... kalau FA sekarang penulis novel dibarat, pasti sekarang di dah kaya raya...

    BalasPadam
  33. Nora, di malaysia? org filem untung, tuan punya idea.. melongo hehe...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.