Langkau ke kandungan utama

Penjenayah mengamuk di HKL, takutnya!!!!

Assalamualaikum..... 


Apakah perasaan anda jika anda sedang berada dalam wad 18 Hospital Kuala Lumpur. Kemudian polis masuk bawa banduan yang bergari tangannya, duduk di katil sebelah? Lepas tu, banduan tu mengamuk, gari berjaya diputuskan, lampu pecah, keadaan jadi tak terkawal? sehingga, demi keselamatan bukan sahaja anda tetapi semua yang berada di wad itu, polis terpaksa menembak mati banduan/tahanan/oenjenayah itu. Sure, trauma, kan?

Kejadian ini berlaku di HKL, jam 9.45, malam semalam. Kejadian pertama dalam sejarah HKL.  

Tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila seorang tahanan yang dipercayai pengedar dadah mengamuk dalam wad hospital, sehingga membahayakan nyawa kakitangan dan pesakit lain yang sedang dirawat.

Detik-detik cemas itu bermula apabila pengedar dadah warga Nigeria mula bertindak agresif setelah beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah dalam perutnya. Akibatnya, lelaki bertubuh besar dan sasa itu mampu merentap gari di tangannya sehingga terputus lalu terpelanting dan terkena lampu wad sehingga pecah. Lebih mencemaskan, lelaki berusia 31 tahun itu bertindak memecahkan tingkap wad untuk melarikan diri ketika dirawat di sebuah wad awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi pesakit.

Berikutan kejadian di Wad 18 HKL, pukul 9.45 malam tadi itu, polis terpaksa menembak mati lelaki warga Afrika terbabit selepas dia cuba menyerang anggota polis dan kakitangan hospital.

Eloklah pun! Tembak saja makhluk jahat macam tu! 

Yang geram tu, dia ni baru sampai ke mari, hari Khamis lepas. Anda hairan tak? Macam mana dia boleh lepas segala jenis scanning di KLIA? tapi selepas sehari, dia berjaya ditahan di sebuah hotel di Bukit Bintang, kira-kira pukul 11.13 pagi kerana menimbulkan kekecohan selain dipercayai terlibat dalam kes dadah. 

Aku rasa, kawalan di airport kita ni longgar sangatlah! Malah, kawalan di semua pintu masuk ke dalam Malaysia memang longgar. Kastam dan imigresen buat apa agaknya? Makan gaji buta ke?

Sambung cerita..

Selepas ditahan dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat, polis berjaya mengarahkan lelaki itu mengeluarkan sembilan ketulan dadah jenis syabu yang ditelan sebelum memasuki negara ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, suspek kemudian dibawa ke HKL untuk menjalani ujian imbasan dan pihak hospital mengesan terdapat beberapa ketulan dadah dalam ususnya.
"Di HKL, suspek mengeluarkan empat ketulan dadah dari tubuhnya dan kita percaya ada lima lagi ketulan dalam tubuh lelaki itu dan ada di antaranya telah pecah." 
Patut pun dia agresif gila, Syabu tu dah pecah dalam perut! Haih!!
"Ketika dirawat di HKL, suspek bertindak agresif dan cuba menyerang polis serta kakitangan wad. Situasi bahaya yang dicetuskan oleh suspek itu kita percaya disebabkan ada ketulan dadah yang telah pecah dalam tubuhnya," 
Tahu tak berapa 13 ketul dadah jenis syabu yang berjaya dikeluarkan daripada perut penjenayah tu? Beratnya 240 gram, nilainya RM50,000.

Hasil bedah siasat yang dijalankan petang ini pula mendapati, sebanyak 21 ketulan dadah telah dikeluarkan dari perut suspek. Selain itu, polis turut menemui 12 ketulan dadah di dalam hotel didiaminya dan kesemua 46 ketulan dadah seberat 831 gram itu bernilai RM130,000.

Beliau berkata, suspek terpaksa ditembak oleh anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang mengiringinya ketika dirawat setelah dia dilihat tidak dapat mengawal diri selain bertindak ganas. Katanya, ketika diserang oleh suspek, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahunya. Suspek bagaimanapun semakin agresif apabila cuba memukul polis dan kakitangan wad dengan besi katil, menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arahnya menyebabkan dia mati.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Wad 18 HKL hari ini mendapati, katil yang diduduki oleh suspek sudah dibersihkan oleh kakitangan hospital.

Seorang wanita yang menemani suaminya yang dirawat di sebelah katil itu berkata, ketika kejadian malam tadi, dia terkejut apabila lelaki Afrika itu tiba-tiba merentap gari di tangan sehingga tercampak mengenai lampu wad dan pecah.

"Tidak lama kemudian, lelaki itu cuba memecahkan tingkap wad untuk lari. Keadaan kelam kabut ketika itu menyebabkan polis terpaksa menembaknya," kata wanita berusia lingkungan 30-an itu yang enggan namanya didedahkan.

Aku rasa, kena ada wad untuk banduan, khas untuk banduan lelaki dan perempuan yang menjalani rawatan. Hari ini, mungkin kita bernasib baik, tidak berlaku apa-apa kepada pekerja, doktor, misi, dan pesakit serta penjaga mereka. Tetapi, satu masa, akibat tidak proaktifnya kita... mahu mati! Mencegah lebih baik, bukan? Jadikan teladan!

Kan dah cakap? Warga awang hitam ni memang... menakutkan!

sumber: gempar
================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…