Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1 "Sayang suka tak hadiah yang abang belikan tu?"  Gadis yang ditanya tersipu malu namun kepalanya terangguk-angguk tan...

Pemburu Cinta

By Disember 21, 2011

1

"Sayang suka tak hadiah yang abang belikan tu?" 

Gadis yang ditanya tersipu malu namun kepalanya terangguk-angguk tanda dia seronok menerima pemberian ikhlas daripada lelaki yang kini memandang dia dengan senyuman yang menguntum pada bibir. 

"Terima kasih, abang." balas gadis itu. Manja alunan suara bertujuan menggoda tentunya. 

"Sayang nak beli apa-apa lagi ke?" 

Tanya lagi tu! Mata yang kuyu memukau wajah si jelita. Namun si gadis segera teringat pesan ibunya...

"Jangan tamak sangat. Jangan gelojoh! Biar sikit dulu, lama-lama jadi bukit! Biar undur dulu, lama-lama, pecut! Sampai bila Azhar dah tak boleh tidur malam teringatkan kamu, Jamilah, hmm, masa tu baru kamu demand tinggi-tinggi. Faham?"

Jamilah tersenyum. Tentulah dia faham benar apa maksud tersirat di sebalik kata-kata nasihat ibunya itu. Biar bersabar, biar beralah dahulu! Nanti..."

"Sayang ni, jangan senyum macam tu! Nanti abang termimpi kat rumah, jenuh kena sembelih! Tahu, tak?" Manja sahaja Azhar mengenakan Jamilah. Seronok bila gadis itu mencubit lengannya. Bahagia!

"Alah, jangan nak cong la, bang! Kalau abang mimpi pun, abang bukan panggil...'Milah...Milah!' Nanti, abang sebut... sayang, sayang!... Orang kat sebelah abang tu pun, apa lagi.. perasanlah! Kan?" Jamilah mengenakan Azhar pula. Untuk usikan itu, hidungnya dipicit. Lantas, dia terjerit kecil! Ala-ala manja gitu!

"Sayang lapar tak? Jom kita pergi makan! Sayang nak makan apa? Di mana? KFC? Pizza Hut? Mc Donald? Atau.... kat Seri Melayu? Cakap aje! Abang jadi pemandu Sayang hari ini." Azhar berkata penuh semangat. 

"Sayang nak makan ais krim, boleh tak, abang?" 

"Sure! Jom, kita makan gelato. Sedap! Halal lagi! Jom!" 

Tangan gadis itu ditarik lembut. Bahagia sungguh kedua-duanya. Tidak disedari bahawa pada saat itu, ada hati yang terguris! Ada jiwa yang parah. Ada hati yang retak! 

"Lelaki sekarang memang banyak yang berperangai macam Azhar tu, Miza. Dah ada bini, anak berderet empat... Umur dia sendiripun dah 40an, tapi masih nak cari pucuk muda. Yang perempuan tu pulak, macam dah tak ada lelaki anak teruna untuk dia. Haih! Geram betul aku!" Siti membebel. Bebelan yang menambahkan lara dalam hati seorang isteri bernama Miza.

Miza tidak menyahut malah tidak mampu bersuara. Hanya hatinya penuh kesalan. Kesal dengan sikap suami yang tidak pernah berubah. Sungguh, Azhar tidak mungkin akan sedar bahawa ini bukan kali pertama lelai itu mengkhianati kasih sayang isterinya. Sejak lama, Miza sudah memendam rasa. Usia perkahwinan yang menjangkau lima belas tahun, telah lama menyedarkan dirinya tentang lelaki jenis apakah suaminya itu. 

"Miza!"

"Err..."

Terganggu lamunan. Kini Miza merenung wajah sahabat baiknya dalam-dalam. Ingin tahu apakah yang mengganggu fikiran sehingga menyebabkan dahi berkerut seribu. 

"Laki kau tu,"

"Kenapa dengan dia?"

"Mana dia dapat duit dok belanja perempuan tu di Pavilion ni? Dalam rumah kau tu, yang pegawai... kau. Yang gaji tinggi, kau! Rumah, kereta, semua-semua duit kau! Habis, macam mana dia boleh beli segala macam benda yang kita nampak tadi?"

Siti tentulah hairan. Memborong sakan perempuan muda itu tadi. Dengan gincu, dengan mekap, dengan minyak wangi, baju lagi...

"Sah-sah, dia belanja perempuan tu dengan duit kau, kan?" Siti menekan.

Miza mengeluh. "Silap aku!"

"Kenapa?"

"Semalam dia cakap, ada orang nak potong api. Jadi, dah dekat dua bulan tertunggak.. adalah dalam RM500 aku bagi ke dia. Habislah tu!"

Siti naik berang. Sakit hatinya mendengar kata-kata Miza. Lebih sakit sebab Miza tenang sahaja. Tak ada perasaan ke apa?

"Aku nak tengok sampai bila kau boleh sabar dengan perangai si Azhar tu!" bentak Siti. 

Miza menatap wajah temannya sambil tersenyum nipis. "Aku pun dah tak ada kesabaran dah. Tapi, nak bukak mulut tu, aku susah sikit. Dia jerkah kang, malu aku pada anak-anak, Siti." 

"Malu kejap aje! Lagi pun, anak kau tentu faham kenapa kau dah tak boleh bersabar dengan Azhar tu. Yang kau takut sangat nak bertekak dengan dia tu, kenapa?"

"Sebab dia suami aku!"

Siti mencebik. "Dia? Ada tak dia anggap kau tu bini dia?"

.....................

cerpen ini untuk anda... 
  

You Might Also Like

6 comments

  1. alahai... siannya la nasib si isteri...

    BalasPadam
  2. miznza84, hehe.. tp kali ni kak sofi nak fokus pd husband ngn jamilah... tgk persepsi dia org lak...

    BalasPadam
  3. erk....cite pasal pisau cukur ke ni?kesian kat miza...

    BalasPadam
  4. ok..kita tunggu & lihat persepsi yg mana satu..

    BalasPadam
  5. asen, ya, pisau cukur lelaki hehe..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.