Langkau ke kandungan utama

Pemburu Cinta: Akhir

 

Assalamualaikum... 
......................

Akhir 

“Lamanya tak jumpa you, Miza. You ni betul-betul buat I terseksa, you tahu tak?” 

Miza ketawa mendengar suara lelaki itu. Wajah tampannya ditatap. Tidak tahan membalas renungan tajam yang memukau, Miza memerhati keadaan di sekeliling mereka. 

Waktu makan tengah hari yang sibuk, memberikan pelbagai keadaan manusia untuk dilihat. Logiknya, ramai yang sedang bercerita, bersantai dengan macam-macam celoteh agar ketegangan di pejabat pada pagi tadi, dapat dilupakan! 

“Sayang, you tengoklah muka I ni! Hensem, apa!” kata Syahid sambil tersengih. Miza tunduk lagi. Rasa macam anak gadis yang baru pertama kali ber‘dating’ pula. Syahid asyik mengusik dirnya. 

“Dah malu-malu pulak? Macam mana nak kahwin dengan I ni? Nanti bila kita kahwin...” 

Wajah Miza merona merah mendengar usikan Syahid itu. 

“Syy... you ni, Syah! Malulah sikit! Kalau orang dengar nanti, dia orang ingat apa pula!” 

Syahid ketawa. Memang sekarang ini hatinya rasa sangat bahagia. Cintanya kepada Miza sudah berbalas. Dan, seminggu lagi, sebaik genap empat bulan Miza diceraikan oleh Azhar, mereka akan bernikah. Wanita sebaik Miza ingin dilindunginya. 

“Azhar tahu tak yang kita nak kahwin, Miza?” tanya dia. 

“Tak tahu, kut. Kalau dia tahu,” 

“Tentu dia mengamuk sakan dan tuduh you curang dengan dia. Tentu dia cakap I ni kawan makan kawan, kan?” 

Miza ketawa sambil geleng-gelengkan kepalanya. Pandai-pandai sahaja Syahid hendak menuduh Azhar, fikirnya. Tapi, mungkinkah benar apa yang Syahid fikirkan? Apakah Azhar akan menuduh dia jahat? 

“Miza?” 

“Hmm?” Miza menatap wajah Syahid sambil tersenyum. Menanti kata-kata seterusnya. 

“Terima kasih sebab you sudi terima pinangan I, melalui emak I tu. Mak I dengan Suhana tahu yang I dah lama suka pada you.” Syahid ketawa bila melihat Miza menjungketkan keningnya. Dia meneruskan, “Iyalah, I kan ada mata? I nampak apa yang you terpaksa tanggung selama ni. Bila mak dengan Suhana selalu cerita tentang nasib you, lagilah, hati I ni rasa sedih sangat! I selalu berharap agar you jumpa kebahagiaan you. Tanpa dia! Supaya I boleh... well, you know? Supaya I boleh jadi suami you?” 

Miza ketawa, melahirkan hasrat bahagia dalam diri kepada lelaki di hadapannya ini. 

“Masa mak you cakap you nak kahwin dengan I, I terkejut sangat! Bila I cakap, umur I dah tua, mak you cakap, you pun dah tua jugak. Bila I cakap, I ni bukan anak dara, mak you cakap you pun bukan anak teruna. Bila I cakap, banyak lagi perempuan lain di dunia ni, mak you cakap, you nak I saja. Mak you cakap, you hanya nak I gantikan tempat arwah isteri you. Pandai betul mak you pujuk I sampai I pun reda ajelah....” Miza memberitahu. 

Sesungguhnya, jodoh itu di tangan Tuhan. Perpisahan bukan pengakhiran. Jodoh dengan Azhar memang sudah tiada. Tetapi, Allah ada perancangan lain untuk dirinya. Kini, Syahid pula menghulurkan cinta. Siapa kata saham lelaki saja makin naik bila berusia? 

Yang lebih membahagiakan, anak-anak, baik anak Syahid mahupun anak-anak Miza, mereka nampaknya suka Syahid dan Miza bersatu. Pelik? Mana ada yang pelik dalam dunia ini? Tak ada yang mustahil, kan? 

................. 

3 tahun selepas itu... 

“Sayang!” 

“Hisy, kacaulah!” 

Si isteri menarik selimut sehingga menutupi kepala. 

“Jamilah, anak menangis tu! Bangunlah, bacuhkan susu untuk dia!” Suara Azhar keras memerintah. 

Diam. Lama keadaan begitu sehinggalah si suami hilang sabar dan menjerit nama isterinya, kali ini lebih lantang lagi. “Milahhhh!!!” 

Jamilah melompat turun dari katil. Azhar sangkakan, isterinya takut dan hendak ke bilik si kecil. Malangnya, kini, Jamilah sedang berdiri bercekak pinggang di hadapannya... 

“Eh, jantan! Kau jangan mengada-ngada nak memerintah aku buat itu ini, ya! Dalam rumah ni, semua aku yang punya tahu tak? Kau tu cuma menumpang aje! Dahlah kerja pun malas, tahu asyik nak melaram aje! Aku penat di pejabat, balik rumah kau nak buat aku jadi kuli kau pulak? Hey, kau ingat aku ni macam bini kau yang dulu ke? Sori sikit! Ini Jamilah, tahu!” 

Azhar buntang mata. Geramnya tak terkata. 

“Pang!” 

Kan dah kena? Penampar sulung seorang suami! 

“Miza dengan kau, jauh beratus kali baiknya dia, tahu! Dia tak pernah nak tinggi suara pada aku. Kau? Kau butakan mata hati aku! Tapi tak kisahlah! Ni, aku nak ingatkan kau. Jangan lagi kau nak tengking aku, ya! Kalau tidak, aku halau kau keluar dari rumah ni. Memang rumah ni kau yang beli tapi, nama aku, kan? Jangan biadap sangat, Jamilah! Kau patut bersyukur aku nak jadi laki kau, ya! Sekarang, pergi tengok anak kau tu! Karang kadi apa-apa, susah pulak! Dah, aku nak tidur!” 

............... 

Secebis kisah, sebuah ceritera. Dalam hidup, ‘What goes around, comes around!’ Jangan mendongak bila anda di atas. Tengok2 sama rumput di bumi. Kalau hari ini anda rampas hak orang, esok2 insyaallah, hak anda diambil orang. Namun, jika ada isteri muda membaca cerita ini, aku minta maaf, kalau anda kecil hati denganku. Maklum saja, bila buat cerpen, mesti aku buat 2nd wife tu jahat! Perampas, segala! Aku akur, isteri kedua juga manusia biasa malah ramai 2nd wife yang baik2 yang pernah kutemui. Salah sorangnya, emak saudaraku sendiri. Asyik beralah saja kerjanya. Suami tak balik seminggu... tak apa. Isteri tua maki hamun dalam telefon....Alhamdulillah. 

Ya, kita manusia biasa.... kan?

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. ending yang best.
    thumbs up! :D

    BalasPadam
  2. btul 2 ....
    suka crt ni...
    bnyk pngjrn...

    BalasPadam
  3. saya teringatkan seorang kawan saya.....dia juga diceraikan sebab bini muda laki dia tak nak bermadu....kesian dengan kawan saya tu padahal dia dah sanggup sign borang untuk beri kebenaran suami dia kawin lain....tapi apa yang dia dapat hanya penderitaan saja...sampai sekarang makan hati....

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…