Langkau ke kandungan utama

Pemburu Cinta 4

Assalamualaikum... 
.......................................................................

“Mak, Nisa dah datang ni! Cepatlah! Kesian uncle tunggu lama pulak!” 

Mendengar laungan itu, Miza segera mengelap tangan pada tuala yang tersangkut. Kemudian, dia segera berlari ke hadapan rumah. Dilihat, Waja berwarna biru gelap itu sudah tiba dan pemandunya sudahpun keluar sambil bersandar di pintu kereta itu. Sebaik melihatnya, lelaki itu segera berkata sesuatu kepada gadis remaja yang sedang kecoh berbual dengan anaknya, Asiah. 

“Hai, mak cik!” Nisa menegur Miza sambil tunduk menyalami tangannya. Miza mengusap kepala anak gadis itu yang bertudung. 

“Anak bertuah! Apa hai, hai? Cakap assalamualaikum, lain kali! Ucapkan sejahtera sesama manusia, tahu!” Syahid menegur perlakuan anaknya. Nisa tersengih sahaja. Memang anak yang baik, fikir Miza. 

“Maaf, Miza. I harap, you fahamlah keadaan Niza ni. Maklum sajalah...” 

“Hisy, tak apa! Okeylah tu, mahu juga dia tegur I, salam dengan I. Anak I ada salam dengan you tak?” tanya Miza, menepis gundah dalam hati lelaki itu. 

Asiah mengerutkan dahi. “Mestilah! Kan, pak cik?” 

Shahid segera mengangguk. “Pandai you didik anak, Miza. Tiga-tiga orang sopan aje bila dengan orang tua. Anak sulung you si Ahmad dengan Akil, yang nombor dua tu, selalu dipuji bila di surau. Tertib, sopan, ringan tulang pulak tu! Beruntung you!” 

Pujian lelaki itu membuat Miza tersengih. “Alhamdulillah. Thanks for telling me. Senang hati I kalau orang semua suka dia orang.” 

“Eh, I kena pergi dah ni. Nanti lambat pulak sampai ke sekolah. Kirim salam pada Azhar. Lama I tak nampak dia.” Syahid berkata sambil meloloskan diri ke dalam kereta. 

Miza mengetuk cermin kereta. “Kirim salam I pada mak you. Sesekali, you hantarlah dia ke rumah I ni! boleh kita orang bersembang.” pintanya. 

“Okey, nanti I call you bila mak I nak datang gosip, okey!” 

Miza ketawa bila mendengar gurauan lelaki itu. Tangan melambai sebaik kereta dipecut laju meninggalkan rumahnya. 

Baru hendak melangkah masuk, sebuah kereta Honda Civic dipandu masuk dengan laju. Tergamam Miza dibuatnya. Matanya membulat bila melihat suaminya keluar dari kereta itu yang masih baru. Plastik pun belum tanggal lagi. 

“Seronok nampak? Tiap-tiap pagi memang awak begini ke? Dah siap-siap nak ke pejabat, lawa-lawa, untuk sambut si Syahid tu.” Tuduh Azhar sambil menutup pintu kereta baru itu degan kuat. 

“Jangan nak cemburu tak tentu fasal, bang. Encik Syahid tu anak mak cik Sariah, abang kepada ustazah Suhana, kawan baik saya....” 

“Jangan lupa, dia tu duda.Takut nanti digodanya awak, Miza.” 

Miza ketawa. Geli hatinya melihat Azhar yang cemburu. 

“Dah bertahun-tahun bininya mati, bang. Kalau dia tu jenis miang, dari dulu lagi dia dah kahwin. Tapi, dia lebih pentingkan si Nisa. Dahlah! Malas nak layan awak. Ni, kereta siapa pulak ni?” tanya Miza. Dahinya berkerut bila Azhar menarik sengih. 

Dengan bangga, Azhar memberitahu, “Kereta abanglah! Bini muda abang belikan. Dia kesian tengok abang naik motor buruk tu!” 

Miza tengok wajah suaminya, tidak percaya. Tapi bila Azhar terangguk-angguk, dia jungket bahu. 

“Yalah, orang ada bini baru, kan? Mana awak campakkan motor LC yang saya belikan tu? Kalau tak nak, hantar ke sini! Boleh juga Ahmad dengan Akil pakai.” ujarnya sambil membayangkan wajah anak-anak yang ceria. Sudah lama Ahmad menabung untuk membayar duit muka sebuah motosikal. Dia biarkan sahaja. Bukan tidak mampu membeli, tapi Miza mahu anak-anaknya menyedari bahawa bukan mudah hendak dapat sesuatu yang kita kehendaki. Seseorang perlu berusaha. Bukan ramai yang sebertuah Azhar, kan? Hati berdetik. 

“Saya dah jual motor tu. Kereta buruk awak mana?” 

Pada ketika itu Suhaila, adik Miza sampai di hadapan rumah. Mereka sama berpaling. Wajah Azhar mencerun. 

“Tu la, ada kereta bagi adik bawak. Esok kalau rosak, siapa yang susah?” 

Miza menjuihkan mulutnya. 

“Kereta Suhaila tu rosak. Sebab tu saya pinjamkan dia kereta buruk saya tu. Senang, dia hantar saya ke tempat kerja. Balik nanti, saya dengan Siti. Alah, usahlah ambil tahu. Awak jaga saja bini baru awak tu!” balas Miza selamba. 

“Eh, awak nak ke mana? Saya kan baru balik ni?” tanya Azhar. Matanya bulat melihat Miza mengambil beg tangan dan memakai kasut. 

Miza ketawa. “Nak pergi kerja, bang. Saya kena kerja, kalau tidak apa saya nak bagi makan budak-budak tu? Lainlah abang, kan?” balasnya. 

“Habis, saya nak buat apa kat rumah ni sorang-sorang?” 

“Buat bodoh aje!” balas Miza selamba. 

“Apa dibuat jantan tu balik ke rumah?” tanya Suhaila sambil menjeling sebelum memecut laju meninggalkan Azhar termangu. 

“Adik, tu masih abang ipar kamu tu! Janganlah marah dia!” pujuk Miza. 

Suhaila mendengus. “Bukan semua orang boleh sabar dengan sikap mangkuk hayun tu! Kak long sorang aje! Anak-anak pun dah hilang hormat pada dia. Hari tu, masa dia orang balik ke rumah mak, dia orang cerita perangai dia. Melaram dengan baju baru, seluar baru, kasut baru! Yang anak-anak? Bini? Nak bertukar baju setahun sekali pun payah! Akil cakap, dia try mintak duit nak beli kasut bola. Tahu apa jawab laki kak long tu?” 

“Mintak pada mak kamu! Dia banyak duit. Dia yang gaji besar dalam rumah ni!” Ajuk Miza sambil ketawa. 

Suhaila menggelengkan kepala. “Kak long ni, kan? Makin ceria bila dia kahwin lain. Kalau perempuan lain menangis sampai sembab bijik mata, tahu!” 

“Sejak dia kahwin, dik, tak ada dia kacau hidup kak long. Dengan bini muda dia aje yang dia mintak itu ini, sekarang. Lega! Tu, kereta kat rumah yang kamu nampak tadi, bini dia yang belikan!” Miza memberitahu. 

“Memang kaki kikis!” 

“Lantaklah! Janji, dia tak kacau hidup kak long berempat beranak!” 

Suhaila menoleh melihat wajah kakaknya. “Sampai bila?” 

“Sampai dia ceraikan kak long!” 

“Mahu ke dia lepaskan kak long?” 

Wajah adik direnung. “Kak long dah ke mahkamah syariah. Dah hantar surat pada dia supaya bagi nafkah pada anak-anak. Biar dia tahu tanggung jawab dia sikit!” 

“Mengamuklah dia nanti!” 

“Yang penting, kak long nak sedarkan dia yang bukan mudah ada dua bini. Ada tiga anak, tu belum kira anak dia dengan perempuan tu! Selama ni, dia tak tahu susah payah kak long, kan? Nanti, bila dia baca surat tu baru dia tahu yang hidup ni tak ada benda percuma. Tak larat dia nak bayar, jalan keluarnya ada.” 

“Kalau dia tak mahu ceraikan kak long?” 

Miza sengih. “Bila bini muda dia baca surat tu?” 

Suhaila memandang wajah kakaknya. Dalam diam, Miza sengaja ingin mengenakan Azhar. Dia ketawa, membayangkan wajah kelat Azhar bila isteri muda mengamuk ketika surat memohon nafkah dari Miza dia terima dan baca. 

“Kak long yakin, perempuan tu akan ambil kesempatan ini suruh Azhar ceraikan kak long. Kan itu yang dia cakap pada kak long masa kita orang jumpa dulu. Tak ingat?” 

Suhaila membayangkan saat pertemuan itu. Seminggu sebelum berkahwin dengan Azhar, Jamilah menelefon Miza. Ketika berjumpa di restoran Bilal, dengan angkuh gadis itu menuduh Miza tak pandai jaga laki. Dengan angkuh dia memberitahu bahawa dia akan pastikan satu hari nanti, Azhar menceraikan Miza. Tentu, Jamilah akan menggunakan peluang ini sebaiknya. 

“Eloklah bercerai, kak long! Daripada menanggung biawak hidup tu!” 

Miza mengiyakan sahaja. Lelaki seperti Azhar tidak akan mampu dilawan dengan tangis dan kemarahan. Menggunakan cara yang lebih halus begini, lebih baik, fikirnya. Lagipun, dia sudah berbincang dengan ketiga-tiga orang anaknya. Mereka bersetuju jika Miza dan Azhar berpisah. Bagi mereka, ada Azhar dengan tak ada, sama sahaja! Malah, lebih baik jika Azhar tak ada. Senang! 

“Mana yang baiklah, mak! Kita orang tak kisah! Ayah tu,” 

Miza segera menghentikan kata-kata Akil. “Jangan marah dia. Dia masih ayah korang adik beradik. Mak nak berpisah, bukan sebab mak benci dia tapi mak nak hidup baru yang lebih baik dan mak rasa, hidup kita akan lebih baik tanpa ayah korang. Tak gitu?” 

Seperti yang disangka, Azhar memang mengamuk bila mendapat surat itu. 

“Selama ini, awak diam aje. Sekarang dah pandai tuntut itu ini? Awak ingat, saya nak bagi sangat duit saya pada awak?” Herdiknya. 

Miza tenang. Anak-anakpun turut diam. Miza dah beri amaran supaya mereka tidak menyampuk. 

“Kalau tak nak bagi, nampaknya kenalah kita ke pejabat kadi, bang. Tu, kira ingkar arahan mahkamah laa...” 

“Eh perempuan, kau jangan harap dapat sesen pun duit laki aku, tau!” Jamilah mencelah. 

Miza tenung wajah garang itu. Berani-berani sahaja menyerangnya, mengherdik di depan Azhar. Yang Azhar pula? Diam tidak berkutik. 

“Tak dapat pun, tak apa! Tapi, laki awak ni kena buat pilihanlah! Awak atau saya!” balas Miza elepas menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam bilik. 

“Apa kes dia nak pilih kau?” 

Azhar berdehem. “Sayang!” 

Makk... dia panggil bini muda dia sayang depan aku? Ek eleh! Nak termuntah! 



“Abang, abang janji nak ceraikan dia, kan? Atau abang sanggup terus hidup dengan dia? Mana janji abang dengan sayang? Abang, dah bertahun-tahun abang hidup dengan dia, apa yang abang ada? Rumah, kereta, semua nama dia! Tapi, dengan sayang semua sayang beli dan bubuh nama abang. Itupun, abang masih nak teragak-agak dengan perempuan kaki kikis ni?” 

Marah Jamilah sambil mata mencerlung memandang wajah wanita berusia 37 tahun di hadapannya. Wajah yang tenang sahaja mendengar caciannya. Pelik betul! 

“Abang dah dengar cakap sayang abang tu? Buatlah pilihan, bang! Saya ni kaki kikis. Habis duit abang nanti!” 

Miza bangun menuju ke dapur. Dia ingin minum. diperhatikan seketika wajah suami yang terkumpal-kumpal. Tentu Azhar tidak menyangka begini agresif tindakannya. tapi, itulah.... 

Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya, kan? 

.......................................

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

  1. wah...
    x sngka tndkn miza...
    skong2x...
    br llki mcm 2 kna ajr..

    BalasPadam
  2. kesian. hidup-hidup kena tipu dengan suami. nauzubillah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…